Peminat 'Jodohkan' Baby Shima, Khai Bahar - Hiburan | mStar

Peminat 'Jodohkan' Baby Shima, Khai Bahar

Peminat mahu penyanyi Baby Shima dan Khai Bahar menjadi pasangan kekasih. Foto Instagram: babyshimaofficial

PENYANYI Baby Shima tidak ambil serius usikan peminat yang mahu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Khai Bahar.

Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, dia tidak kisah dengan gurauan tersebut kerana ia sudah menjadi kebiasaan di kalangan selebriti.

"Biasalah tu kalau peminat 'jodoh-jodohkan' artis kesukaan mereka. Sedangkan kami hanya berkawan sahaja.

Baby Shima dan Khai Bahar mula dikenali di Indonesia.

"Lebih-lebih lagi ramai mengenali saya dan Khai di aplikasi Smule, jadi mereka fikir kami sesuai menjadi pasangan kekasih.

"Sampaikan ada yang kata kami bercinta hanya kerana pernah berduet bersama dalam persembahan nyanyian," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Baby Shima yang sedang menempa nama di Indonesia mengakui teruja dengan sambutan peminat di sana.

Malah, dia tidak menyangka ada syarikat rakaman di negara seberang yang sudi melamar dirinya menjadi artis di bawah label mereka.

"Saya sekarang bernaung bawah syarikat Nagaswara Indonesia dan sedang sibuk dengan rangka promosi single terbaharu berjudul Makan Hati.

"Lagu tersebut dicipta oleh komposer Yogi dan hanya akan diedarkan di Indonesia kerana ia bergenre dangdut dan lebih dekat dengan peminat," katanya.

Baby Shima seronok dengan penerimaan peminat di Indonesia.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun ini terharu dengan sambutan peminat terhadap kerjaya seninya di negara itu.

Malah, dia sudah mula selesa dan mahu lebih serius untuk meneruskan karier di seberang.

"Selepas ini saya akan lebih serius dalam industri muzik dan mahu bina nama ke tahap yang lebih tinggi.

"Peminat Indonesia juga sangat sporting, apabila saya buat persembahan mereka turut sama menari.

"Mereka memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan terasa bagai berada di kampung halaman sendiri," katanya.

Baby Shima , Khai Bahar

Artikel Sebelum

Mohd (Mentor) Tak Sabar Nak Ada Anak

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain