suria

Tolak Unsur Cinta Dalam 'Ejen Ali 2'

Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid.

PETALING JAYA: Drama animasi popular Ejen Ali musim kedua lebih mengutamakan nilai persahabatan berbanding mewujudkan unsur cinta seperti yang diminta penonton drama berkenaan pada musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid berkata, dia menolak cadangan berkenaan berikutan tidak mahu mendedahkan penonton yang terdiri daripada golongan kanak-kanak membabitkan hati dan perasaan.

"Selepas musim pertama dapat sambutan hangat, kami juga menerima banyak maklum balas daripada penonton. Ada segelintir yang mahu kami mewujudkan karakter yang ada melibatkan hubungan cinta dan perasaan.

"Tapi kami tidak mahu kerana kebanyakkan penonton masih terlalu muda untuk didedahkan dengan perkara tersebut. Kita hanya meneramkan nilai murni dan persahabatan sahaja," ujarnya.

Dia ditemui pada majlis pelancaran drama Ejen Ali musim kedua yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) One Utama, di sini, Rabu.

Antara yang terlibat di pelancaran drama animasi Ejen Ali musim kedua.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studio, Datuk Izham Omar dan Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul.

Drama animasi hasil kerjasama Primework Studio disiarkan pada Jumaat (hari ini) pukul 5.30 petang di TV3.

Sementara itu, Usamah berkata, pihaknya juga menitik beratkan senjata yang digunakan oleh setiap watak bukan daripada senjata tajam.

"Kita ambil langkah berhati-hati terutamanya penggunaan senjata, kami mengelakkan senjata yang tajam yang mana tidak amhu aksi watak itu akan ditiru.

"Setiap aksi pertarungan juga tidak keterlaluan dan masih dalam garis panduan yang ditetapkan," ujarnya.

Selain itu juga, pelancaran musim kedua ini juga turut menampilkan penambahan lebih 20 karakter baharu yang lebih menarik.

Dalam pada itu juga, tambahnya, mereka kini dalam persiapan untuk menghasilkan Ejen Ali the Movie dan dijangka menemui peminat pada 2019.

Ejen Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain