Nora Danish Dah Ada 'Baby Bump'? - Hiburan | mStar

Nora Danish Dah Ada 'Baby Bump'?

Nora dan suami ketika menghadiri majlis perkahwinan Engku Emran dan Laudya pada Jumaat. Foto Instagram: @noradanish.

KHABAR angin Nora Danish kini sedang berbadan dua mula bertiup kencang sejak pelakon itu memuat naik foto yang memperlihatkan perubahan pada bentuk tubuhnya. 

Ruang komen di foto yang dikongsi di laman Instagramnya juga dipenuhi pertanyaan peminat yang melihat perut pelakon tersebut umpama ada 'baby bump'. 

Kata pemilik akaun Hlabeae89, "Kak Nora mengandung ke? Tahniah, saya tumpang gembira untuk awak." 

Malah, ada juga sudah mengucapkan tahniah kepada Nora dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned dan mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata. 

"Kita doakan yang baik-baik. Semoga kak Nora beroleh rezeki untuk menimang bayi baru," kata salah seorang pengikut Nora. 

Foto yang menampakkan perut Nora seperti ada 'baby bump'. 

Bagaimanapun, ada juga  beberapa komen netizen yang mengatakan badan pelakon Isteri Untuk Dijual ini semakin berisi kerana bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama insan tercinta.

Namun, mereka memuji bentuk badannya kini lebih cantik dan wajah berseri selepas berkahwin. 

"Orang kata selepas kahwin ini memang berisi. Bahagia la katakan. Nanti kurus nampak sangat lelaki tak bagi makan. Terpaksa berpura-pura bahagia pula. 

"Nora Danish macam mana pun tetap nampak classy," kata Dzzalika17. 

Menguatkan lagi spekulasi ini, ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan Nora kini sedang dalam fasa trimester pertama. 

Kenyataan sumber tersebut dilaporkan menerusi portal hiburan pada Ahad. Menurutnya lagi, pasangan ini tidak mahu mengumumkan berita tersebut kerana masih terlalu awal.

Nora Danish

Artikel Sebelum

12 Peserta Bakal Berentap Dalam AF Megastar

Artikel Berikut

Kasih Sayang Hadiah Shuib Buat Sarah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain