Elfira Loy Belajar Jadi Isteri Sufian Suhaimi - Hiburan | mStar

Elfira Loy Belajar Jadi Isteri Sufian Suhaimi

Elfira berdebar menantikan majlis pertunangannya pada Oktober depan. Foto EBBY SAIFUL.

PELAKON Elfira Loy sudah mula membuat persediaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, berkata, dia kini banyak melatih dirinya untuk melakukan kerja rumah termasuk belajar memasak.

"Apabila nak bergelar seorang isteri, saya perlu ada persediaan dan kini proses pembelajaran itu bermula sejurus selepas selesai solat Subuh.

"Kebiasaannya ibu dan bapa saya tak benarkan saya tidur semula selepas solat sebaliknya mereka minya saya berlatih untuk lakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak.

"Latihan itu supaya boleh menjadi rutin harian tetapi bukanlah saya tak pernah buat kerja rumah tetapi sebelum ini kurang masa sebab sibuk dengan kerja," katanya kepada mStar Online.

Elfira & Sufian Tunang Oktober, Kahwin Tahun Depan

Perasaan Elfira terhadap Sufian mula timbul ketika mereka menyambut hari kelahirannya pada 8 Mac lalu. Foto Instagram @elfiraloy. 

Terdahulu, Elfira mengesahkan bakal bertunang dengan Sufian pada bulan Oktober depan dan berkemungkinan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Menurut Elfira, dia terpikat dengan kesungguhan penyanyi lelaki tersebut yang mengambil serius terhadap hubungan mereka.

Biarpun hanya tiga bulan berkawan, Sufian dilihat semakin serius apabila mengambil keputusan untuk menghantar rombongan merisik pada Jun lalu.

"Sebelum ini saya ada juga kenal dan berkawan dengan beberapa orang lelaki tetapi semuanya tidak menjadi sebab mereka tidak serius.

Keluarga Sufian (tujuh dari kanan) dan Elfira (empat dari kanan) bergambar bersama ketika majlis merisik pada Jun lalu. 

"Saya bagi masa tiga bulan, kalau tak ada apa-apa, cukup sampai di situ sahaja. Tapi dengan Sufian ini saya nampak keikhlasan dan kesungguhan dia nak tawan hati saya. 

"Selepas kami berkawan tiga bulan terus dia merisik untuk buktikan yang dia serius dengan hubungan ini," kata Elfira. 

Dalam perkembangan karier lakonan pula, Elfira akan memasuki lokasi penggambaran drama terbaharu pada bulan hadapan selepas hampir dua tahun tidak aktif. 

"Selepas hampir dua tahun saya tak aktif, Insya-Allah bulan hadapan saya akan mula menjalani penggambaran drama.

"Sebelum ini saya sibuk menguruskan kedai makan dan memberi ceramah motivasi tentang perniagaan di kolej dan sekolah," ujarnya. 

Elfira Loy , Sufian Suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain