Lima Bulan Nora Ariffin Menangis - Hiburan | mStar

Lima Bulan Nora Ariffin Menangis

Nora kini kembali meneruskan kerjaya nyanyiannya selepas lima bulan berehat.

SETELAH lima bulan kematian suami iaitu Johan Nawawi, Penyanyi Nora Ariffin memberitahu dia kini sudah boleh menerima hakikat tentang kehilangan itu.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 44, berkata, dia mula sedar bahawa kehidupan perlu diteruskan seperti biasa demi keluarga dan anak-anaknya.

"Lima bulan yang saya lalui memang satu tempoh masa yang sangat sukar kerana setiap hari teringatkan dia (Johan) sehingga ada rakan-rakan yang menegur mata saya sering bengkak kerana menangis.

"Sehingga ada satu masa saya kumpul semua baju-baju persembahan saya untuk diberikan pada orang kerana ia mengingatkan saya kepada arwah.

"Tapi sekarang saya mula sedar dan berfikir jika terus menangis ia tidak akan boleh mengembalikan orang yang sudah meninggal dunia," ujarnya kepada mStar Online.

Nora Ariffin

Nora ditemui pada majlis sidang media program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah yang diadakan di TV AlHijrah, pada Rabu.

Ia merupakan persembahan pertama penyanyi lagu Desa Tercinta itu selepas suaminya Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac lalu.

Dalam pada itu Nora berkata, dia sudah bersedia untuk kembali meneruskan aktiviti nyanyian seperti sebelum ini.

"Memang ada jemputan untuk persembahan pentas, namun saya terpaksa tolak kerana masih tidak bersedia sehingga pihak AlHijrah hubungi saya.

"Saya rasa ini masa yang paling tepat kerana program ini juga bertujuan yang baik iaitu memberi kesedaran orang ramai tentang kesusahan yang dihadapi oleh warga Palestin," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang laman Instagram miliknya yang sering berkongsi tentang luahan perasaan dan kesedihan, Nora berkata, ia hanya sekadar berkongsi rasa dengan individu yang mengalami nasib yang sama.

Katanya, dia menjadikan laman sosial itu sebagai satu cara untuk berkomunikasi dengan pengikutnya yang berhadapan dengan kehilangan orang tersayang.

Gambar kenangan Nora Ariffin bersama Allahyarham suaminya Johan Nawawi. 

"Dulu memang saya sering berkongsi perasaan sedih tapi sekarang saya lebih berkongsi perkara-perkara yang manis agar memberi inspirasi kepada orang ramai.

"Ada yang bertukar-tukar pendapat tentang apa yang mereka lalui ketika berhadapan dengan sesuatu kehilangan itu," ujarnya.

Selain itu, ditanya tentang kekosongan hatinya untuk menerima lelaki lain, Nora berkata, arwah terlalu istimewa dalam kehidupannya.

"Saya boleh berkawan dengan lelaki lain tapi ia pasti tidak akan sama dengan arwah kerana dia sangat istimewa dalma hidup saya," ujarnya.

Nora Ariffin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti