“Drama Adaptasi Penentu Pelakon Popular” - David Teo - Hiburan | mStar

“Drama Adaptasi Penentu Pelakon Popular” - David Teo

Drama Mencintaimu Mr Photographer melonjakkan nama pelakon Hannah Delisha. Foto Instagram @hannahdelisha

PEMILIHAN pelakon popular bukan lagi penentu kejayaan sesebuah karya adaptasi novel yang kini menjadi kegemaran penonton drama, menurut penerbit, David Teo.

Sebaliknya kata David, 'kuasa' itu dipegang oleh kekuatan drama yang diterbitkan dalam melahirkan bintang terkenal dan popular.

Jelas David, perkara itu jelas menunjukkan perubahan dalam landskap penerbitan drama kerana penonton semakin bijak membuat penilaian ekoran lambakan drama adapatasi novel dihidangkan kepada mereka.

"Zaman sudah berubah dan pelakon tidak lagi menjadikan sesuatu drama fenomena atau mendapat rating tertinggi sebaliknya karya yang bagus akan mencipta bintang terkenal dan popular.

"Namun itu tidak bererti pelakon tidak penting sebaliknya elemen keseluruhan dalam penerbitan sesebuah drama sebenarnya kunci menjadikan ia fenomena," katanya.

David Teo.

David ditemui pada Malam Penghargaan Novelis Fajar Pakeer dan Penerbitan Dear Novels (PFPXDN) yang diadakan di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Pada acara itu, PFPXDN memberikan penghargaan kepada para novelis selain mengumumkan empat novel terbitan mereka akan diadaptasi sebagai drama.

Empat novel terpilih itu adalah Duda Pujaan Dara, Isteri Untuk Iktiraf, Mr. Awesome Guy dan Lelaki Penuh Kejutan.

Dalam pada itu, David berkata, pihaknya sendiri tidak memfokuskan kepada memilih pelakon popular sahaja dalam drama terbitannya kerana percaya menerusi drama yang baik ia mampu melonjakkan nama baharu yang ditampilkan.

"Menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer saya tampilkan Hannah Delisha yang sebelum ini tiada siapa kenal dan hanya mempunyai 25,000 pengikut di Instagram.

Novelis dan penerbit yang menerima penghargaan pada majlis anjuran Fajar Pakeer dan Penerbitan Dear Novels.

"Selepas drama itu ditayangkan Hanna popular dan pengikutnya di Instagram sudah pun mencecah 600,000 pengikut dalam tempoh sebulan.

"Sebelum ini juga saya ambil Siti Elizad berlakon dalam drama Si Kolot Suamiku selepas hampir dua tahun tidak berlakon dan lihat bagaimana karier lakonannya kembali berkembang selepas itu," katanya.

Bagaimanapun kata Daivd, sebagai penerbit dia akan memastikan semua elemen dalam penerbitan sesebuah drama diambil kira bagi memastikan produk dihasilkan berkualiti tinggi.

"Gabungan pemilihan novel, jalan cerita, watak dan perwatakan, pelakon, pengarah sangat penting dalam menghasilkan sebuah karya berkualiti.

"Jika harapkan kepada novel sahaja ia belum tentu akan diterima baik peminat dan pada bila-bila masa mereka boleh beralih kepada drama adaptasi lain kerana sekarang pilihan sudah banyak," ujarnya.

David Teo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?