Fasha Gelek ‘I Am Me’ Dengan Anak Dapat Perhatian - Hiburan | mStar

Fasha Gelek ‘I Am Me’ Dengan Anak Dapat Perhatian

Aksi Fahsa Sandha menyanyikan lagu 'I Am Me' milik Datuk Seri Vida dapat perhatian ramai.

FULAMAKKK... gelek sakan nampak Fasha hihi.

Aksi pelakon Fasha Sandha berkongsi video menyanyi sambil menari lagu I Am Me bersama dua anaknya menjadi perhatian netizen dan mendapat lebih 350,000 tontonan sehingga malam Jumaat.

Video berdurasi seminit itu menunjukkan Fasha yang manis berbaju merah jambu dengan gemalai tarinya menyanyikan lagu I Am Me dendangan Datuk Seri Vida itu sambil melayan manja karenah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia dua tahun.

Video dengan keterangan gambar "Everytime 'I Am Me' Comes On! Fenomena dah macam Despacito! Congrats Dato Seri Vida dan KRU!" itu dipercayai dirakam di kediamannya.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang antara lainnya terharu melihat bagaimana ibu tunggal ini cuba mencipta suasana bahagia bersama anak-anaknya di rumah dengan cara mereka sendiri.

Malah aksi Fasha mendukung sambil memeluk erat Rayfal dan Raysha di penghujung video tersebut menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fasha seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan penyayang.

Pun begitu, dalam ramai yang memuji, tidak kurang ada yang turut melontarkan kritikan sambil menyifatkan pelakon itu semakin berubah sejak berkawan baik dengan usahawan kosmetik, Nursajat.

"Sejak kawan dengan Sajat tu makin 'gelidad' laa Fasha... dulu-dulu elok je Fasha ni," tulis seorang netizen.

Bagaimanapun Fasha dalam satu balasan komen dilihat sempat menulis Be Positive Please! (sambil meletak simbol emoji bertanda aman).

Menariknya, video tersebut turut dikongsi semula oleh Vida di laman Instagramnya sambil memuji kebolehan Fasha menari sambil menyeru penyanyi-penyanyi lain untuk berbuat perkara yang sama.

Fasha Sandha

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL