Ada Hantu Belakang Wany Hasrita - Hiburan | mStar

Ada Hantu Belakang Wany Hasrita

Bulatan dalam gambar yang dipercayai hantu dan gambar kanan pula menceritakan kedudukan sebenar.

DI laman sosial heboh sejak Isnin apabila gambar yang dirakamkan penyanyi Wany Hasrita wujud imej wanita berambut panjang di belakangnya dipercayai 'hantu'.

Namun penyanyi Menahan Rindu itu berkata, perkara itu tidak benar dan ia sekadar gurauan pengguna media sosial.

"Mana ada hantu, itu semua mereka sunting sahaja, kalau lihat gambar asal tiada apa-apa pun di belakang saya.

"Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya," ujar Wany kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Wany berkata, dia tidak mengambil serius perkara berkenaan kerana bukan perkara besar.

Namun dia mengakui bimbang perbuatan suntingan gambar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan tidak baik.

"Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk.

"Ia seperti melibatkan kes-kes artis beberapa hari ini yang mana boleh menjejaskan imej mereka," ujarnya.

Wany Hasrita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain