suria

Rupa-Rupanya Erra Fazira Dihalang Berlakon Drama

Erra Fazira bakal terlibat dalam filem Polis Evo 2.

ERRA Fazira mendedahkan ketika zaman kegemilangannya sebagai pelakon pada tahun 1990-an dia dihalang daripada berlakon telefilem ataupun drama bersiri.

Patutlah suatu ketika dahulu, kita selalu nampak kemunculan Erra dalam filem saja terutamanya filem terbitan Skop Productions.

Kata Erra ketika itu dia hanya digalakkan berlakon filem sahaja sebagai langkah menjaga jenama dirinya dalam industri perfileman.

"Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

"Bukannya apa ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem.

"Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan," katanya.

Erra bakal melancarkan single terbaharunya.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 43, ia bukanlah bererti dia tidak lagi berminat tampil dalam filem sebaliknya setuju sekiranya watak diberikan sesuai dengannya.

Malah kata Erra, dia sebenarnya teruja bakal memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijangka bermula selepas sambutan Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata, selain berlakon dia juga sedang dalam proses merakamkan single terbaharunya.

"Alhamdulillah lagu baru sudah ada cuma pihak syarikat rakaman mahu saya menulis liriknya yang tertangguh kerana kesibukan dengan tugas lain.

"Bagaimanapun tugas itu saya serahkan kepada seorang penulis lirik dan harap-harap lagu itu dapat dilancarkan dalam masa terdekat," katanya.

Erra Fazira

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain