suria

Farisha Irish Tak Malu

Selain berbakat dalam bidang pengacaraan, Farisha Irish muncul dengan single pertama yang berjudul 'Tak Malu'.

PENYANYI cilik Farisha Irish berpendapat wanita pada zaman sekarang semakin berani untuk meluahkan perasaan sebenar kepada lelaki idaman.

Dalam lagu terbaharunya berjudul Tak Malu, Farisha berkongsi kisah mengenai sikap tidak malu seseorang yang benar-benar mendambakan cinta.

"Pada pendapat saya, wanita sekarang lebih berani untuk berkata-kata dan saya rasa itu tidak salah jika ia kena pada tempat dan waktunya.

Bait-bait lirik dalam ‘Tak Malu’ ini seperti menceritakan luahan perasaan sebenar walaupun mungkin hanya bertepuk sebelah tangan," kata Farisha yang baru berusia 17 tahun.

Farisha Irish terus mencari ruang menempatkan diri dalam arus muzik perdana. Foto Instagram @farishaIrish.

Katanya, lagu itu sesuai dengan imej dan usianya yang meningkat remaja.

Selain itu juga, melodi yang diilhamkan oleh Mike Chan dan Omar K ini mengikut aliran selera pendengar masa kini.

Tambah pengacara ChiChi & ChaCha, ini lagi, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.

Farisha Irish terus mencari ruang untuk dikenali di dalam pasaran arus muzik perdana.

Farisha Irish, Tak Malu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain