"Sudah-Sudahlah Cari Silap Saya" - Joy Revfa - Hiburan | mStar

"Sudah-Sudahlah Cari Silap Saya" - Joy Revfa

Hafiz dan isterinya Joy Revfa.

KUALA LUMPUR: Tiga minggu mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengakui dalam proses belajar dan berubah untuk menjadi seorang wanita muslimah yang lebih baik.

Pemilik nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin berkata, dia menghormati pandangan dan kritikan netizen yang mahu dia menjaga imej suaminya sebagai seorang artis Islamik.

Bagaimanapun, pengasas kosmetik ini berkata, dia kadang-kala tertekan dengan komen netizen yang sering menyerang foto-fotonya di laman sosial.

"Sudah-sudahlah cari silap dan dosa saya, saya pun baru berhijab dan masih lagi dalam proses belajar untuk menjadi seorang yang menutup aurat dengan sempurna.

"Ramai yang serang saya di laman sosial tentang baju saya ketat atau nampak rambut atau tangan. Ya, dulu memang saya kurang peka dengan hal-hal itu.

"Saya bukan wanita yang sempurna, saya belum bersedia untuk pakai pudah atau berbaju labuh. Tapi saya ada semangat ke arah itu suatu hari nanti. Kalau boleh biarlah atas kesediaan saya sendiri dan bukan hanya berpura-pura," ujarnya kepada mStar Online.

Joy mengulas tentang tindakan netizen yang menyerang laman sosialnya yang mempersoalkan cara pemakaiannya selepas bergelar isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun.

Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin dengan sekali lafaz.

Dia ditemui pada majlis Ramadan Raya Bersama HyppTV yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, pada Isnin.

Joy dan Hafiz diijab kabul dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, dekat sini, pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, Joy berkata, penyanyi lagu Jodoh Berdua ada menegur dan meminta dia menjaga penampilannya selepas berkahwin.

"Hafiz ambil tahu tentang penampilan saya, dia ada tegur tapi dengan cara yang sangat lembut. Insya-Allah saya akan perbaiki penampilan dan lebih menjaga maruah dan imej dia sebagai suami," ujarnya.

Dalam pada itu bercerita tentang perjalanan rumah tangganya, Joy berkata, mereka masih lagi seperti pasangan bercinta.

Katanya, sehingga kini mereka masih belum berkesempatan untuk berbulan madu berdua.

"Masih terlalu baru dan kami masih malu-malu, nak gambar bersama pun jauh-jauh, sehingga ada peminat yang bertanya tentang perkara itu.

"Maklumlah kami masih sibuk bekerja dan tiada masa berdua. Kami belum sempat lagi berbulan madu, minggu lalu berbulan madu untuk program Astro, itu kira kerjalah," ujarnya.

Tambahnya, mereka bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan bagi meraikan ahli keluarga dan rakan-rakan artis pada Julai depan.

Joy Revfa , Hafiz Hamidun

Artikel Sebelum

Siapa Wanita Jelita Dengan Raja Afiq?

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain