suria

Unic Juara GGV Musim Pertama, Terima RM100,000

Kumpulan Unic (kiri) menerima RM100,000 sebagai juara Gema Gegar Vagazan musim pertama.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Unic membuat kejutan apabila muncul sebagai juara musim pertama program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Hijjaz mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Hijjaz turut membawa pulang trofi Persembahan Pilihan Penonton sekali gus melayakkan mereka menerima wang tunai RM5,000.

Tempat ketiga pula milik kumpulan Mirwana dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Pada pertandingan akhir itu kesemua peserta perlu mengadakan dua persembahan solo dan battle.

Antara peserta akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama.

Gema Gegar Vaganza menampillan Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri profesional.

Berikut ialah senarai penuh pemenang GGV musim pertama

Juara - Unic (RM100,000)

Naib Juara - Hijjaz (RM30,000)

Ketiga - Mirwana (RM25,000)

Keempat - Azmi (RM20,000)

Kelima - Hafiz Hamidun (RM10,000)

Keenam - Saujana (RM5,000)

Kategori Khas

Persembahan Pilihan Penonton - Hijjaz (RM5,000)

Anugerah Gema Terindah - Azmi (RM15,000)

Unic, Gema Gegar Vaganza

Artikel Berikut

Artikel Lain