Sangka Hamil Ketika Kerjakan Umrah - Ezzaty Abdullah - Hiburan | mStar

Sangka Hamil Ketika Kerjakan Umrah - Ezzaty Abdullah

Ezzaty dan Azwan Kombos akui agak kecewa selepas jangkaan mereka meleset.

PETALING JAYA: Pelakon Ezzaty Abdullah agak kecewa kerana dia mengjangkakan hamil semasa mengerjakan umrah namun perkara itu menjadi sebaliknya.

Ezzaty, 27, berkata, selepas tiga minggu pulang dari umrah pada Januari lalu, dia kembali datang haid.

"Saya tidak datang haid 40 hari dan ketika itu saya dan Azwan menunaikan umrah, selain itu saya juga mengalami tanda-tanda orang mengandung iaitu muntah-muntah dan sakit perut.

"Tapi bila balik sahaja di Malaysia, saya 'datang bulan'. Perasaannya sudah tentulah kecewa kerana kami memang berharap dikurniakan anak cepat," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Mak Cun ini diminta mengulas tentang perkembangan rumah tangga selepas lapan bulan bergelar suami-isteri.

Azwan dan Ezzaty sudah ada nama anak.

Ezzaty berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman aktres itu di Bentung, Pahang.

Tambah Ezzaty, dia tidak melakukan sebarang pemeriksaan terhadap kesihatannya selepas kejadian itu.

"Ada rakan minta saya buat pemeriksaan di klinik tapi saya tidak mahu. Biarlah, saya tidak mahu tahu sama ada saya gugur atau ia haid biasa.

"Saya anggap belum ada rezeki dan apa yang saya alami itu (muntah-muntah), sebagai ujian menjalani ibadah umrah," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang keterujaan menjalani kehidupan berumah tangga, Ezzaty berkata, mereka sudah mempunyai senarai nama jika dikurniakan cahaya mata.

"Cita rasa kami selalu berbeza tapi itu menjadikan kami semakin mengenali dan seronok. Kami sering juga bergaduh kerana pemilihan perabut kerana dia suka lain dan saya suka yang lain.

"Kami juga sudah ada senarai nama anak, tapi itu pun sukar juga nak buat pilihan kerana Azwan suka pilih nama yang mana saya tidak berkenan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang mula dikenali dengan drama Delina itu berkata, dia menghadkan kerjaya lakonannya bagi menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dengan baik.

Ezzaty Abdullah , Azwan Kombos

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain