Zulin Aziz Tiada Hak Mainkan Lagu Sendiri - Hiburan | mStar

Zulin Aziz Tiada Hak Mainkan Lagu Sendiri

Zulin tampil dengan single pertama berjudul Terbiar. Foto AIMAN ARIFUDDIN

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria Fm Zulin Aziz memberitahu dia tiada kuasa untuk memainkan single pertamanya iaitu Terbiar di stesen radio berkenaan.

Zulin berkata, sebagai penyampai dia hanya bertanggungjawab untuk mengendalikan segmen pagi sahaja dan tidak terlibat dalam sebarang susunan lagu di radio tersebut.

"Saya tidak boleh mainkan lagu saya sendiri kerana pemilihan dan susunan lagu dibuat oleh pihak lain yang bertanggungjawab.

"Saya hanya menjadi penyampai sahaja dan setiap hari sudah ada susunan lagu-lagu yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zulin berkata, dia bersyukur stesen radio tersebut memberi sokongan penuh terhadap kerjaya nyanyiannya.

Malah, memberi ruang kepada lagu berkenaan dimainkan.

"Saya sudah tahu risiko buat lagu ialah tidak akan dimainkan di stesen radio lain dan Alhamdulillah Suria Fm memberi ruang kepada lagu saya.

"Tapi saya percaya peminat saya masih boleh mendengar lagu tersebut di platform lain seperti internet dan streaming.

"Zaman sekarang peminat tidak tunggu lagu dimainkan di radio sebaliknya mencari lagu berkenaan di mana-mana sumber," ujarnya.

Selain itu, Zulin berkata, sambutan agak memberangsangkan apabila lagu berkenaan sudah menerima 200,000 tontonan di youtube sejak dilancarkan 10 Mac lalu.

Katanya, ia satu pencapaian yang baik buat percubaan pertamanya sebagai penyanyi.

Lagu genre bossa balada itu dicipta oleh Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Zulin Aziz , Suria FM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain