suria

Pemain Piano, Michael Veerapan Kembali Menjadi Pelajar

Micheal Veerapen (dua dari kiri) bersama anggota muziknya yang membuat persembahan di 'No Black Tie'.

PETALING JAYA: Tuntutlah ilmu selagi mampu! Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada pemain piano ternama Michael Veerapan yang membuat keputusan menyambung pelajaran pada usianya 60 tahun.

Michael kembali menjadi pelajar selepas membuat keputusan mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang muzik di Universiti Sains Malaysia bawah penyeliaan Dr Johan Othman.

Beliau berkata, adalah menjadi keperluaan untuknya meningkatkan pengetahuan selepas melihat perbezaan antara seorang yang dilahirkan sebagai penghibur ataupun ahli akademik dalam bidang muzik.

“Saya rasa, ada jurang yang besar antara ahli akademik dan penghibur.

“Dalam satu tangan, terdapat satu kumpulan yang tidak mempunyai pengetahuan asas seperti tiada pengetahuan membaca nota muzik.

“Pada yang lain adalah kumpulan yang mempunyai banyak pengetahuan tetapi kurang pendedahan apa yang berlaku pada senario muzik," kata Michael yang masih membuat persembahan tiga kali seminggi di kelab No Black Tie.

Beliau memberi contoh, sesetengah pemuzik baru apabila diminta penonton untuk bermain muzik, mereka hanya berpandukan kepada nota semata-mata.

Bagaimanapun untuk pemuzik yang mahir, walaupun mereka tidak boleh membaca nota namun mereka boleh memainkan muzik dengan cara ‘menyanyikan’ lagu kepada mereka.

Katanya, seseorang pemuzik yang tidak mendapat latihan khusus mungkin boleh menjadi hebat dengan hanya mendengar melalui sebuah gitar kotak.

Bagaimanapun jika individu itu tidak mempunyai latihah yang sempurna, tiada sesiapa yang akan mempedulikan terutamanya jika dikehendaki membuat penggubahan semula muzik ataupun bermain bersama sesebuah orkestra.

"Dan bagi seseorang yang telah melakukan segala-galanya daripada menggubah lagu sehingga menerbitkannya, saya mahu melakukan impak dalam bidang akademik supaya saya boleh bercakap bagi kedua-dua keadaan itu," kata Michael.

Michael Veerapan

Artikel Lain