Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya - Hiburan | mStar

Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya

Hanez Suraya berkongsi gambar ini di Instagram miliknya sambil menyatakan mereka masih bahagia. Foto dari Instagram @hanezsuraya

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya memberitahu situasi rumah tangganya dengan Romie Razin Adilha Abd Rais masih berada dalam suasana bahagia dan mereka kekal sebagai suami-isteri.

Hanez atau Hanez Suraya Abdul Aziz, 32, berkata, ketika ini  dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu.

"Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, cuma saya dan suami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku biarlah kami selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi dan tokok tambah dari pihak-pihak tertentu," ujarnya menerusi laman sosial Instagram pada Rabu.

Hanez Suraya bersama anak dan suaminya. Foto dari Instagram @hanezsuraya

Pada Isnin lalu, aktres ini dilaporkan telah memfailkan perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, pelakon itu didakwa tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hanez memohan maaf kerana mengambil langkah untuk berdiam ketika berita itu tersebar.

Katanya, dia perlu mengambil ruang untuk bertenang sebelum menjelaskan isu berkenaan kepada umum.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil langkah untuk diam bukan berdiam mengiyakan dan menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.

"Syukur Alhamdulillah, suami saya juga tenang dengan apa yang berlaku ini. Terima kasih sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakan rapat di luar.

"Doakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.

Hanez Suraya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain