Zain Akan Terus Pujuk Che Ta Agar Sedia Hamil Lagi - Hiburan | mStar

Zain Akan Terus Pujuk Che Ta Agar Sedia Hamil Lagi

Che Ta dan suaminya Zain Saidin. Foto AIMAN ARIFUDDIN

KUALA LUMPUR: Aktres Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti yang dimahukan suaminya pelakon Zain Saidin.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 44, berkata, pada usianya kini dia mahu lebih memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya berbanding untuk mengandung lagi.

"Dia (Zain) cakap senanglah, saya yang kena bersalin tu bukan senang. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada perkembangan tiga-tiga orang anak saya ini. Saya mahu mereka dibesarkan dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada sidang media pelancaran program realiti The House yang diadakan di sini, pada Rabu.

Pasangan itu berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertamanya.

Bintang 'The House'. Dari kiri; Ammar Effendy, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.

Sementara itu, Zain, 33, yang turut berada pada sidang media berkenaan memberitahu dia akan terus memujuk isterinya untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

"Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

"Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ta turut menjawab soalan mengenai kenyataannya yang membenarkan Zain untuk berkahwin lagi ketika diajukan soalan oleh pengacara ketika sesi sidang media berlangsung.

Rozita berkata, dia seorang wanita yang berdikari dan boleh hidup tanpa bergantung kepada lelaki semata-mata.

"Itu hanya reverse psychology (psikologi terbalik) sahaja untuk dia, memang saya ada beritahu dia kalau nak kahwin lagi, kahwinlah, tapi saya tahu dia sayang bini.

"Bagaimanapun, sebagai wanita saya seorang yang independent dan sentiasa bersedia dengan apa juga perkara terutama dalam rumah tangga," ujarnya.

Zain Saidin , Rozita Che Wan , Che Ta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain