Awie Anggap Penghargaan Besar Dianugerahkan Datuk - Hiburan | mStar

Awie Anggap Penghargaan Besar Dianugerahkan Datuk

Awie

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Awie menyifatkan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk yang diterimanya satu penghargaan besar sepanjang 31 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, ia juga hadiah bermakna bersempena perkahwinannya bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober tahun lalu.

"Sepanjang 31 tahun saya bergelar anak seni banyak kenangan manis dan pahit untuk berada pada tahap sekarang.

"Alhamdulillah penganugerahan ini saya anggap sebagai penghargaan kepada anak seni selain rezeki dan hadiah selepas berkahwin," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Awie menerima penganugerahan itu sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar yang ke-86 yang berlangsung di Istana Pahang, Kuala Lumpur dekat sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Awie berkata, bersempena kedatangan 2017 dia berharap penganugerahan tersebut dapat memberinya lebih semangat untuk terus bekerja keras pada masa hadapan.

"Saya masih orang yang sama seperti yang anda kenali dan penganugerahan ini tidak mengubah apa-apa.

"Bagaimanapun dengan kedatangan tahun baharu ini sudah tentu ia turut menaikkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik buat semua peminat," ujarnya.

Sementara itu, Awie turut memberitahu beliau akan menerima satu lagi anugerah iaitu Tokoh NGO Islam daripada Tengku Mahkota Kelantan yang akan diadakan pada 14 Januari ini.

Awie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain