Mahu Terus 'Enjoy', Tasha Shilla Tolak Didekati Lelaki - Hiburan | mStar

Mahu Terus 'Enjoy', Tasha Shilla Tolak Didekati Lelaki

Tasha belum bersedia untuk bercinta semula.
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shila memberitahu sejak mengesahkan dirinya kembali solo setahun lalu, ada lelaki yang meluahkan hasrat untuk menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 29, bagaimanapun berkata, dia terpaksa menolak secara baik hasrat itu kerana masih belum bersedia selain ingin menikmati sepenuhnya kehidupan solonya ketika ini.

"Saya tidak nafikan lelaki yang nak dekat tu memang ada tetapi  buat masa sekarang saya letak tepi dulu soal hati dan perasaan kerana belum puas menikmati kehidupan solo yang saya sifatkan begitu enjoy sebenarnya.

"Di satu sisi, saya tidak suka memberi apa-apa harapan kepada orang kerana buat masa sekarang saya lebih selesa berkawan dulu. Soal cinta biarlah ia datang tanpa dirancang" ujarnya  ketika ditemui mStar Online.

Tasha mahu fokus lakonan.


Sebelum ini Tasha pernah mengumumkan untuk berehat setahun daripada lapangan seni selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya, Han Wong tahun lalu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia kini kembali dengan satu semangat baru sekembalinya ke dunia seni kerana ditawarkan satu watak penting menerusi sebuah teater epik arahan Dr Rosdeen Suboh berjudul Putera La Galigo.

"Alhamdulillah, saya anggap ini satu tuah dan rezeki sekembali selepas menyepi diri saya selama setahun yang saya kira amat berbaloi dan tidak wajar dilepaskan.

"Teater Putera La Galigo mengangkat kisah pemerintahan Sultan Selangor dan saya amat berbesar hati untuk terlibat dalam projek mega ini kerana  kebetulan saya juga anak kelahiran negeri Selangor,” katanya.

Memegang watak sebagai Puteri Perak, Tasha melihat watak ini memberi cabaran tersendiri buat dirinya kerana terpaksa menyanyi dalam emosi selain memerlukan dia mempelajari ilmu pertahanan diri seperti silat.

"Ini merupakan teater kedua saya selepas teater Takhta 3 Ratu  arahan Erma Fatima yang pernah di pentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dua tahun lalu.

"Istimewanya teater Putera La Galigo, selain merupakan teater terbesar pernah di pentaskan di negeri Selangor, ia juga sebuah teater epik (sejarah) yang akan melengkapkan lagi profil seni saya sebagai seorang pelakon berkaliber,” katanya.

Teater Putera La Galigo terbitan Keno Production dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini akan di pentaskan di Stadium Malawati Shah Alam bermula 16 hingga 18 Disember depan.

Ia turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya Amar Asyraf, Tasha Shilla, Raja Azura, Wan Raja, Ainul Aishah dan Isa Khan.

Tiket dijual pada harga RM35 dan RM200 boleh didapati di www.airasiaredtix.com atau menghubungi talian 03-87754666 dan 03-41019332

 

Tasha Shilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain