Wawa Zainal Tidak Cemburukan Aeril Zafrel & Ummi Nazeera - Hiburan | mStar

Wawa Zainal Tidak Cemburukan Aeril Zafrel & Ummi Nazeera

Wawa bercuti bersama Aeril dan anak-anaknya di Korea Selatan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Pelakon Wawa Zainal berkata, dia mengetahui hubungan suaminya Aeril Zafril dan aktres Ummi Nazeera hanya sekadar kawan baik.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 25, turut bertegas tidak wujud perasaan cemburu terhadap hubungan mereka yang digandingkan dalam drama Patahnya Sebelah Sayap.

"Perkara itu tidak betul sama sekali, mana ada saya cemburu sampai suami kena pujuk sehingga bawa bercuti ke Korea. Kalau saya cemburu dari dulu lagi saya tidak benarkan dia berlakon dengan mana-mana perempuan.

"Saya tahu mereka memang kawan baik, lagi pun saya tahu dan kenal suami saya itu orangnya macam mana," ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp, kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Terdahulu pada Ahad lalu, sebuah akhbar di ruangan pojok melaporkan rumah tangga pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sedang bergolak gara-gara hubungan pemuda itu dengan aktres Ummi Nazeera.


Wawa bersama suami dan anak-anaknya.

Menerusi laporan itu, Wawa, kononnya cemburu dengan kemesraan pasangan tersebut ketika sama-sama membintangi drama rantaian slot Samarinda berjudul Patahnya Sebelah Sayap.

Disebabkan perkara itu juga, Aeril dikatakan membawa Wawa dan anak-anaknya bercuti ke Korea bagi memujuk hati wanita itu.

Wawa turut meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap keluarganya di laman sosial pada Selasa yang mendapat hampir 400 komen dan reaksi pengikut yang bersimpati dengan perkara itu.

"Semoga Allah ampunkan saya dan keluarga, tapi saya tidak maafkan penulis itu sampai dia memohon maaf," ujarnya.

Kesempatan itu juga, Wawa turut mempromosi drama terbaharu yang bakal menggandingkan suaminya bersama Ummi Nazeera sekali lagi berjudul Nahu Rindu di slot Zehra yang bakal ditayangkan Januari depan.

Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun.

Wawa Zainal , Aeril Zafril , Ummi Nazeera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain