Kim Fukazawa Dipandang Sinis Kerana Mampu Berlakon Lagak Ngeri - Hiburan | mStar

Kim Fukazawa Dipandang Sinis Kerana Mampu Berlakon Lagak Ngeri

Kim Fukazawa bukan sahaja mahu berjaya sebagai aktres tetapi juga pelakon lagak ngeri. Foto Ihsan Instagram @kimfukazawa

PETALING JAYA: Pendatang baharu Kim Fukazawa tidak berkecil hati apabila ada pihak memandang rendah kepadanya selepas dia memberitahu turut menjadi pelakon aksi ngeri.

Kim, 29, berkata dia sering dipandang sinis selepas berkongsi cerita tentang kebolehan itu kepada pihak produksi hanya kerana dia merupakan seorang wanita.

"Saya berjinak-jinak dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu dan sekiranya ada babak yang memerlukan pelakon lagak ngeri saya akan lakukan sendiri.

"Pada awalnya memang ramai tidak percaya saya mampu lakukan aksi berbahaya kerana tidak ramai pelakon lagak ngeri wanita di negara ini.

"Pandangan sinis itu sudah biasa tetapi saya tidak berkecil hati kerana selepas melihat sendiri saya mampu lakukan baharulah mereka percaya," katanya kepada mStar Online.

Kim yang juga adik kepada pelakon Pablo Amirul muncul dengan filem terbaharu berjudul Last Kopek Havoc yang dikeluarkan dalam bentuk cakera digital (DVD).

Dalam pada itu, Kim berkata, dia meminati bidang lagak ngeri sejak di bangku sekolah malah pernah mendapatkan kursus latihan di luar negara bagi mendalami bidang tersebut.

Malah kata Kim, dia juga sering menyertai kursus yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) bagi memantapkan kemahirannya.

"Saya mahu jadi seorang pelakon yang berkebolehan dan bukan hanya semata-mata melontarkan dialog tetapi mampu melakukan aksi berbahaya.

"Ia sebagai satu tambah nilai kepada diri saya dan membezakan saya daripada pelakon-pelakon wanita sedia ada.

"Tidak ramai wanita yang berani menceburi bidang lagak ngeri ini dan saya melihat ia sebagai satu peluang dalam menampilkan kelainan," ujarnya.

Tambah Kim, sebelum ini dia juga pernah bertindak sebagai pelakon lagak ngeri untuk artis wanita lain dalam drama dan filem.

Sementara itu, Kim berkata, kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri sebenarnya boleh dilakukan oleh semua orang asalkan mereka tahu teknik yang betul.

Katanya, industri berkenaan masih baharu di negara ini selain kepakaran yang kurang membuatkan ramai tidak berani mencuba bidang tersebut.

"Bidang ini menyeronokkan cuma orang takut hendak mencuba sebab ia melibatkan aksi lasak dan merbahaya tetapi sebenarnya jika dilakukan dengan betul ia mudah," katanya.

Kim Fukazawa , Last Kopek Havoc

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Fatin' Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?