Vokal Dikritik, Faizal Tahir Minta Harris Baba Diberi Peluang - Hiburan | mStar

Vokal Dikritik, Faizal Tahir Minta Harris Baba Diberi Peluang

Harris Baba menyampaikan lagu Katakan ciptaan Faizal Tahir.
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer lagu Katakan, Faizal Tahir meminta orang ramai memberi masa untuk penyanyi baharu seperti Harris Baba memperbaiki kelemahannya sebagai penyanyi.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia percaya kesungguhan dan matlamat yang ada pada penyanyi baharu itu lebih penting berbanding sekadar suara yang sedap.

"Saya tidak tonton persembahannya pada malam Semi Final Muzik-Muzik 31 pada Jumaat lalu, tapi sebelum ini saya ada terima maklum balas tentang suara dia. Tapi bagi saya, dia masih baru dan harus diberi peluang untuk develop menjadi seorang artis yang lebih baik.

"Tidak kisah suara penyanyi itu sedap atau tidak kerana yang penting semangat dan matlamat mereka untuk berada dalam industri. Ada artis suara sahaja sedap tapi tiada matlamat, itu pun tidak bagus," ujarnya kepada mStar Online.

Faizal Tahir percaya penyanyi baharu boleh perbaiki kelemahan dan menjadi lebih bagus.\

Faizal diminta mengulas tentang nyanyian Harris Baba yang menyanyikan lagu Katakan ciptaan Faizal sendiri telah dikritik kerana suaranya dikatakan gagal memberi impak.

Sementara itu, Faizal berkata, selain Harris Baba, dia juga menerima maklum balas yang sama ketika memperkenalkan penyanyi Elizabeth Tan (Lizzy) untuk menyertai industri hiburan tempatan.

Bagaimanapun, dia berbangga dengan pencapaian wanita itu yang kini menunjukkan banyak perkembangan dalam industri seni.

"Dulu Elizabeth Tan juga dikritik tidak boleh menyanyi, tapi lama kelamaan saya lihat dia semakin bagus dan banyak peningkatan.

"Sekarang dia sudah ada pencapaiannya sendiri yang boleh dibanggakan," ujarnya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang lagu Setia nyanyiannya yang turut bertanding dalam SFMM 3, Faizal berkata,  dia tiada masalah apabila lagu itu dibawakan oleh Awi Rafael.

Katanya, Awi membawakan lagu tersebut dengan baik dengan caranya tersendiri.

"Pada asalnya saya ada pilihan lain, tapi Lizzy yang turut berduet mahu Awi yang membawakan lagu itu dan saya tiada masalah.

"Awi bawakan lagu itu dengan caranya tersendiri. Saya juga tiada masalah jika lagu itu dibawakan olehnya jika berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu 31 akan datang," ujarnya.

Harris Baba , Katakan , Faizal Tahir , SFMM31

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain