Cabaran Besar Puteri Balqis Berdialog Dalam 'Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng' - Hiburan | mStar

Cabaran Besar Puteri Balqis Berdialog Dalam 'Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng'

Puteri Balqis mengakui peranannya sebagai Aqish dalam filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! sangat mencabar. Foto AZLINA ABDULLAH
PETALING JAYA: Pelakon Puteri Balqis menyifatkan peranannya sebagai Aqish dalam filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! sebagai paling mencabar kerana dia perlu berdialog seorang diri setiap kali adegan bersama Upin dan Ipin.

Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 10, berkata, pada awalnya dia berasa kekok kerana perlu memastikan pergerakan dan dialognya sentiasa tepat bagi memudahkan kerja suntingan untuk memasukkan watak popular itu secara animasi.

"Saya kena tahu kedudukan, ketinggian atau paras mana apabila Upin & Ipin duduk supaya ia tidak nampak janggal dan pelik apabila watak animasi Upin dan Ipin digabungkan menerusi teknik pengimejan berkomputer CGI.

"Pada awalnya saya berasa kekok dan macam orang gila sebab bercakap seorang diri tetapi lama-kelamaan saya mula memahami teknik CGI dan gembira dengan hasilnya," katanya kepada mStar Online.

Balqis ditemui pada malam gala filem berkenaan yang diadakan di e@Curve di sini, Selasa.

Balqis memang meminati siri Upin & Ipin sejak kecil.

Selain Balqis, filem itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri pemilik suara Upin dan Ipin.

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 November ini.

Dalam pada itu pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 itu berkata, dia berasa bertuah dapat berlakon dalam filem arahan Erma Fatima itu kerana sejak kecil meminati siri animasi Upin & Ipin.

Kata Balqis, peluang diberikan oleh pihak Les Copaque adalah impian menjadi kenyataan dan berharap penonton akan menyukai filem itu.

"Sejak saya berusia empat tahun Upin dan Ipin ialah kartun animasi kegemaran saya dan apabila ditawarkan berlakon dalam filem itu ia bagaikan mimpi.

"Saya terlalu gembira kerana ia seperti impian menjadi kenyataan dan kini saya adalah sebahagian daripada Upin dan Ipin," ujarnya.

Barisan pelakon Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! pada malam gala yang diadakan pada Selasa.

Sementara itu, Balqis berkata, walaupun Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! adalah sebuah naskhah ringan untuk tontonan kanak-kanak namun ia sarat dengan pelbagai pengajaran terutamanya tentang semangat kekeluargaan.

Katanya, ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga dalam mengeratkan lagi hubungan selain berhibur dengan gelagat dan aksi Upin dan Ipin yang muncul dalam dunia sebenar.

"Apa yang paling seronok tentang filem ini adalah ia bukan sahaja untuk berhibur tetapi banyak pengajaran yang diselitkan terutama tentang semangat kekeluargaan.

"Pada saya tema itu sangat sesuai kerana pasti kanak-kanak yang datang menonton akan hadir bersama ibu bapa mereka dan dapat mengeratkan lagi hubungan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Balqis berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Mr. M yang diadaptasi daripada kisah sebenar pada Disember ini.

Artikel Sebelum

Jaclyn Victor Tidak Guna Pembantu Urus Anak

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain