Ramayan Ambil Masa Tiga Hari Rakam Album Mini - Hiburan | mStar

Ramayan Ambil Masa Tiga Hari Rakam Album Mini

Ramayan dianggotai oleh lima anak muda.

PETALING JAYA: Kumpulan muzik baharu iaitu Ramayan tampil berani mempertaruhkan album mini pertama yang memuatkan sebanyak lima buah lagu baharu.

Vokalisnya, Syafi’i berkata, album tersebut disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu hanya tiga hari sahaja.

"Kami keluarkan sebuah album mini yang memuatkan lima buah lagu iaitu Akhir Kalam, Hantu, Oh! Dewiku, Gemalai & Sepintas Sastera Hati, kesemua lagu tersebut dirakam dalam tiga hari.

"Selain itu, kami memilih Oh! Dewiku sebagai pertaruhan pertama buat pendengar kerana ia mempunyai ciri-ciri keremajaan yang bertemakan percintaan," ujarnya.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima anak muda ini mengetengahkan muzik nusantara yang menggabungkan genre pop balada, rock, blues, dan irama Melayu.

Ramayan pertaruhkan Oh! Dewiku.

Album mini Ramayan turut mendapat sentuhan komposer muda Acin Pukul (Acin Pitahati) dan bernaug di bawah syarikat rakaman milik penyanyi Datuk M Nasir iaitu Luncai Emas.

Kumpulan ini turut dianggotai oleh Que (drum), Omar (bass), Nadz (keyboard) dan Amin (gitar).

Selain itu, tambahnya, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mereka keluar mempromosikan lagu-lagu baharu yang dihasilkan.

"Kumpulan kami ditubuhkan sejak September 2014 selepas kami berjumpa dengan rakan-rakan yang satu aliran muzik dengan memperjuangkan bahasa lirik yang puitis.

"Kami juga percaya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka memandangkan agak kurang artis baru ‘band’ ditonjolkan sejak kebelakangan ini," ujarnya.

Kini Ramayan sedang menjalankan siri promosi bagi memperkenalkan album terbaru kepada umum.

Album mini Ramayan boleh didapati dengan harga pengenalan iaitu RM15 di cawangan-cawangan pengedar atau tempahan terus ke pejabat Luncai Emas.

Ramayan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain