suria

Anugerah Melodi Disember Depan Perkenalkan 10 Kategori

Pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari turut dicalonkan dalam Anugereah Melodi yang akan berlangsung pada Disember depan. Foto UHAMAD SHAHRIL ROSLI

KUALA LUMPUR: Program popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.

Penerbit Melodi, Michelle Wee berkata, anugerah itu diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja dan pencapaian selebriti tempatan menerusi 10 kategori yang diperkenalkan.

"Sebenarnya idea untuk mengadakan majlis anugerah ini sejak dua tahun lalu tetapi Alhamdulillah baru kini ia terlaksana.

"Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi meraikan selebriti-selebriti termasuk penyanyi, pelakon, pengacara malah atlet sukan bagi memberi penghargaan kepada mereka," katanya kepada mStar Online.

Anugerah Melodi 2016 bakal berlangsung pada 10 Disember depan akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuk Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Media Sosial dan trofi utama Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam Anugerah Melodi 2016.
Anugerah utama itu bakal meraikan personaliti sensasi yang berpewatakan menarik, mempunyai aura, karisma dan daya tarikan selain mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Michelle berkata, pemilihan pemenang akan ditentukan sepenuhnya oleh peminat menerusi undian yang dibuka bermula 31 Oktober hingga 30 November depan.

Kata Michelle, pihaknya juga terlebih dahulu memilih calon lima terbaik untuk 10 kategori dipertandingkan berdasarkan pengaruh dan pencapain masing-masing.

"Kami bukan sahaja melihat kepada pencapaian dan populariti mereka tetapi turut mengambil kira jumlah pengikut laman sosial dan komitmen mereka," katanya.

Sementara itu, Michelle berkata, pihaknya mewujudkan kategori Personaliti Sukan Melodi kerana ingin memberi kelainan disamping mahu mengangkat dan menghargai mereka yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat global.

"Golongan atlet sebenarnya adalah selebriti dan mereka mempunyai ramai pengikut.

"Kategori ini satu kelainan dan pada masa sama dapat memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mengharumkan nama negara," jelasnya.

Undian boleh dibuat menerusi www.anugerahmelodi.com.my

Berikut adalah senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016


1. Personaliti Filem Melodi
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Syamsul Yusof
Nabila Huda
Bront Palarae

2. Personaliti Muzik Melodi
Yuna
Faizal Tahir
Akim Ahmad
Ayda Jebat
Shila Amzah

3. Personaliti Drama Melodi
Saharul Ridzwan
Mira Filzah
Janna Nick
Fattah Amin
Amyra Rosli

4. Personaliti Pengacaraan Melodi
Awal Ashaari
Fauziah Ahmad Daud
Alif Satar
Neelofa
Datuk Rosyam Nor

5. Personaliti Sukan Melodi
Datuk Lee Chong Wei
Pandelela Rinong
Abdul Latif Romly
Ridzuan Puzi
Muhammad Ziyad Zolkifli

6. Personaliti Komedi Melodi
Abam
Achey
Mark Adam
Ebby Hus
Jep Sepahtu

7. Personaliti Pasangan Sensasi Melodi
Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani
Akim & Stacy

8. Personaliti Media Sosial Melodi
Nelydia Senrose
Nora Danish
Emma Maembong
Ayda Jebat
Zizan Razak

9. Personaliti Fesyen Melodi
Wak Doyok
Nazim Othman
Rozita Che Wan
Fazura
Zahirah McWilson

10. Personaliti Sensasi Melodi 2016
Sharnaaz Ahmad
Mira Filzah
Janna Nick
Ayda Jebat
Zizan Razak
Melodi

Artikel Lain