Anis Al-Idrus Pelik Dituduh Putus Cinta Ketika Sedang Bahagia - Hiburan | mStar

Anis Al-Idrus Pelik Dituduh Putus Cinta Ketika Sedang Bahagia

Anis terkejut apabila timbul dakwaan kononnya hubungan cintanya dengan Raja Afiq sudah berakhir.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus berasa pelik apabila gosip hubungan cintanya dengan pelakon baharu Raja Afiq dilaporkan sudah berakhir sedangkan mereka bahagia seperti pasangan kekasih lain.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia sendiri diberitahu tentang berita berkenaan oleh peminat-peminatnya ketika dia sibuk dengan majlis perkahwinan sepupunya di Kelantan.

"Saya pelik juga macam mana berita ini tersebar tanpa ada apa-apa yang terjadi antara kami, kalau hubungan saya dengan individu sebelum ini, ia memang benar apabila keluar gosip kami ada bergaduh.

"Tapi, kali ini hubungan kami baik-baik sahaja. Itu pun ada juga cerita buruk yang keluar," ujarnya kepada mStar Online.

Anis dan Raja Afiq masih pasangan kekasih.

Anis menjawab khabar angin tentang gosip putus cinta dengan pelakon Raja Afiq Ahad lalu.

Penyanyi lagu Mengapa ini juga meminta peminatnya yang resah dengan berita tersebut bertenang dan mendoakan baik-baik tentang hubungan berkenaan.

"Ramai peminat beritahu dan bertanya saya tentang gosip itu, saya juga terkejut kerana ketika Hari Raya Aidiladha itu saya sibuk buat persiapan perkahwinan sepupu di Kelantan.

"Saya juga bertanya Afiq sendiri, dia juga berasa pelik apabila turut ditanya oleh media tentang perkara tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, Anis berkata, dia enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

Katanya, dia tidak akan cepat melatah dan sudah pernah melalui pengalaman gosip yang sama suatu ketika dahulu.

"Saya tidak marah atau cepat melatah sebab gosip seperti ini pernah saya lalui dahulu, lagi pun saya sendiri faham lumrah sebagai artis sering menjadi perhatian orang," ujarnya.

Anis Al-Idrus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain