Izreen Azminda Tolak Tawaran Berlakon Sehingga Hujung Tahun - Hiburan | mStar

Izreen Azminda Tolak Tawaran Berlakon Sehingga Hujung Tahun

Izreen Azminda rehat dari berlakon drama.

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia kini berehat kira-kira empat bulan daripada mengambil sebarang tawaran berlakon drama sehingga penghujung tahun 2016.

Izreen Azminda Aznam, 31, berkata, dia mahu menumpukan perhatian kepada beberapa perkara lain termasuk memberi perhatian kepada anak lelakinya Adrian Umar yang kini berumur tiga tahun.

"Saya berehat beberapa bulan sehingga hujung tahun ini daripada bidang lakonan untuk meluangkan sedikit masa dengan anak yang sedang membesar. Selama ini saya terlalu sibuk bekerja dan balik rumah, anak saya sudah tidur.

"Dalam tempoh itu saya boleh fokus kepada perkara lain seperti teater dan program-program televisyen," ujarnya kepada mStar Online.

Izreen Azminda bosan diberi watak komedi.
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Macam Dia ini juga mengakui kini lebih memilih kepada skrip dan watak yang dirasakan benar-benar sesuai dengannya.

Izreen berkata, dia kini sudah mula berasa bosan apabila sering menerima watak yang sama iaitu komedi.

"Dua tahun kebelakangan ini watak yang saya terima seakan-akan sama iaitu komedi sahaja. Sebab itu jika ada watak yang sama saya tidak ambil dan beri pada pelakon baharu sahaja.

"Sekarang saya agak memilih dan melihat kepada watak dan skrip. Selain itu saya memberi keutamaan kepada watak yang saya yakin boleh membantu rating untuk sesebuah drama itu sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Izreen akui dia akan cuba untuk menimbulkan keserasian bersama pasangan gandingannya dalam sesuatu drama, biarpun kadang kala sering disalah tafsir dikatakan bercinta.

Katanya, usaha itu adalah untuk memudahkan mereka bekerja dan membawakan watak pasangan kekasih dengan baik.

"Setiap kali ada keserasian antara saya dengan hero, orang akan kata kami bercinta tapi mereka tidak tahu betapa susah saya ingin mewujudkan keserasian itu.

"Jika pelakon berpengalaman tidak penat, kalau dapat pelakon baharu yang masih kayu perlulah diberi bimbingan untuk wujudkan keserasian itu.

"Bukan hero sahaja, kalau pelakon yang membwa watak rakan baik pun saya kena biasa bergaul dengan mereka dahulu untuk wujudkan hubungan itu," ujarnya.
Izreen Azminda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain