Zamani Nafi Kembali Terjebak Penagihan Dadah - Hiburan | mStar

Zamani Nafi Kembali Terjebak Penagihan Dadah

Zamani Slam menyangkal dakwaan kononnya dia kembali terjerebak dalam penggunaan dadah. Foto SHAFWAN ZAIDON

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani menafikan kononnya dia kini kembali terjebak dengan aktiviti penagihan dadah selepas bebas dari pusat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih tahun lalu.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 45, berkata, dia mempunyai bukti yang kukuh dengan surat akuan bebas dadah dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi.

"Sebenarnya khabar angin atau cakap-cakap saya kembali semula menagih adalah tidak benar dan saya sudah dapatkan surat akuan bebas dadah sebagai buktinya.

"Saya baru sahaja ke sana untuk buat rawatan susulan dan mendapatkan surat itu untuk persediaan diri saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Menerusi konsert Tiga Suara, Zamani bakal bergandingan dengan Ameng, Jamal Abdillah dan Jamilul Hayat.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini menjawab khabar angin kembali terlibat dengan najis dadah selepas berat badannya dilihat semakin merosot.

Zamani ditemui pada sidang media konsert Tiga Suara di Istana Budaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Zamani berkata berat badannya turun berikutan jadual kerja yang terlalu padat.

"Orang tidak tahu saya terlalu sibuk dengan persiapan konsert Slam dan Tiga Suara ini sehingga sedikit menggangu masa makan.

"Sebenarnya saya malas untuk komen panjang kerana khabar angin bersifat negatif ini hanya akan merosakan kerjaya saya.

"Saya takut ia akan menggangu perjalanan konsert Tiga Suara yang diusahakan oleh Datuk Jamal Abdillah ini," ujarnya.

Konsert Tiga Suara yang turut membariskan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan Ameng Spring itu akan diadakan pada 22 hingga 25 September depan di Istana Budaya.

Zamani

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain