Awal Ashaari Mengaku Tumpang Rezeki Lara Alana - Hiburan | mStar

Awal Ashaari Mengaku Tumpang Rezeki Lara Alana

Awal bersama isterinya, Scha dan Lara. FOTO: RICKY LAI

PETALING JAYA:  Pelakon Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Lana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini.

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Awal ditemui pada majlis pelancaran program realiti pertama yang mendedahkan tentang kehidupan Lara Alana.

Program 13 episod itu akan mula bersiaran pada setiap Rabu bermula 17 Ogos ini, pukul 9 malam di Astro Ria.

Tambah Awal, walaupun rezeki mencurah-curah buat Lara namun mereka masih beringat iaitu wang pendapatan yang diterima  Lara akan disimpan untuk masa depan pembelajaran dan insurannya.

Dalam pada itu Awal berkata, ramai pengikut laman sosial Instagram anaknya iaitu   yang teruja untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu setiap hari.

Awal berkata, perkara tersebut membuatkan dia terpaksa memuat naik gambar dan video terbaharu hampir setiap hari di Instagram peribadi kanak-kanak itu yang kini mencecah 2.1 juta pengikut.

Lara (tengah) kini terlibat dalam rancangan realiti Lara Oh Lara siaran Astro Ria.
"Lara ada peminat yang terlalu obses dengan dia sehinggakan jika saya tidak muat naik gambar terbaru dia, mereka akan masuk ke Instagram saya atau isteri Scha Alyahya.

"Mereka minta gambar dan video terbaru Lara kerana rindu nak tengok dia. Kadang-kadang bukan tidak mahu muat naik tapi tiada gambar atau video menarik untuk dikongsi," ujarnya.

Tambah Awal, dia juga sering ditegur dan dimarahi oleh peminat-peminat Lara jika dirasakan tidak betul apa yang dilakukannya terhadap Lara.

"Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara.

"Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Awal berkata dia agak gementar untuk menerima reaksi orang ramai terhadap cara penjagaan anaknya yang dipaparkan dalam program realiti Lara Oh Lara.

Dia takut cara yang dilakukan dalam membesarkan kanak-kanak itu selama ini salah atau tidak diterima masyarakat.

"Saya gementar untuk menerima bagaimana respons orang ramai terhadap program realiti penjagaan anak saya ini.

"Saya bukan takut dikritik tetapi takut apa yang saya lakukan dalam membesarkan Lara itu sebenarnya salah dan mendapat respons negatif," ujarnya.

Bagaimanapun, Awal berkata, dia teruja dapat merakam dan berkongsi pengalaman membesarkan anaknya dalam tempoh tiga bulan menerusi program berkenaan.

"Rakaman mengambil masa tiga bulan untuk 13 episod itu, banyak perkembangan yang dapat dilihat pada Lara daripada episod pertama hingga akhir.

"Penggambaran ambil masa yang panjang kerana tidak mahu memaksa dan memberi tekanan kepada kanak-kanak itu. Kalau dia menangis dan tiada mood mereka terpaksa berhenti dan sambung hari lain," ujarnya.

Progran realiti tersebut turut menampilkan selebriti terkenal lain seperti Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay dan Dynas Mokhtar.
Awal Asaari , Lara Alana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini