Kekasih Buat Carian Tentang Julia Ziegler Di Internet - Hiburan | mStar

Kekasih Buat Carian Tentang Julia Ziegler Di Internet

Julia Ziegler merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya pada tahun hadapan. Foto RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler memberitahu teman lelakinya ada membaca laporan yang ditulis di internet termasuk cerita-cerita gosip dan kontroversi mengenai dirinya.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, berkata, lelaki yang dikenali sebagai Johan itu berbuat demikian kerana ingin mengikuti perkembangan kariernya selain ia sebagai cara untuk lebih memahami tentang dirinya sebagai seorang selebriti.

"Sebagai teman lelaki sudah tentu dia ada membaca cerita sama ada baik atau pun buruk mengenai saya di internet.

"Bagaimanapun dia bukan seorang cepat mempercayai sesuatu perkara dan akan bertanya dengan saya sekiranya ada perkara yang dia musykil," katanya kepada mStar Online.

Julia bakal muncul dalam program Super Spontan Superstar.
Dalam pada itu, Julia berkata, dia juga tidak bimbang apabila Johan mula membuat carian tentang dirinya di internet kerana tiada apa yang perlu disorokkan kepada bakal suaminya itu.

"Saya seorang yang suka berterus terang dan jika dia bertanya tentang sesuatu perkara saya akan bersikap jujur kerana itu adalah kunci dalam sesebuah hubungan.

"Saya juga bertuah kerana teman lelaki jenis memahami kerjaya saya sebagai pelakon malah sering menonton drama atau filem lakonan saya," jelasnya.

Sementara itu, bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan jurutera mekanikal itu, Julia berkata mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, persiapan untuk majlis berkenaan masih belum dibuat kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.

"Saya dan bakal suami sepakat untuk mengadakan sebuah majlis sederhana dan paling penting melaksanakan yang wajib.

"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai persiapan namun saya sudah pun menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Julia bakal muncul dalam program Super Spontan yang bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain