Suami Terlantar Sakit, Isteri Dahlan Zainuddin Diselar Kerana Gambar Tersenyum - Hiburan | mStar

Suami Terlantar Sakit, Isteri Dahlan Zainuddin Diselar Kerana Gambar Tersenyum

Penyanyi Datuk Dahlan Zainuddin kini masih terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar.

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Datuk Dahlan Zainuddin, 75, Datin Effa Rizan terkilan dengan tanggapan segelintir pihak yang mempertikaikan dirinya tersenyum dan bergembira ketika suaminya berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.

Effa, 54, yang juga penyanyi sekitar tahun 70-an itu berkata, dia berbuat demikian kerana ingin memberi kekuatan kepada anak-anaknya yang sedang bersedih dengan keadaan bapa mereka sekarang.

"Ada segelintir pihak mempersoalkan gambar-gambar saya tersenyum dan ketawa ketika suami sedang sakit tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya saya rasakan dalam hati ini.

"Mereka tidak tahu bagaimana saya melihat suami yang terlantar sakit setiap hari.

Effa bersama Dahlan ketika penyanyi itu masih sihat. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA
"Saya senyum dan ketawa semata-mata tidak mahu anak-anak bersedih, jika saya sedih mereka akan putus harapan," ujarnya kepada mStar Online.

Effa dihubungi untuk perkembangan suaminya Dahlan Zainudin yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 22 Julai lalu selepas keadaan kesihatannya kembali merosot.

Dahlan diserang angin ahmar pada 29 Jun ketika berada di Perlis bagi menghadiri program berbuka puasa bersama anak yatim.

Tambah Effa, sebagai isteri dan ibu, dia perlu tabah dan reda dalam apa juga kemungkinan yang boleh terjadi pada ketika ini.

"Saya tidak boleh menangis, suami dan anak-anak memerlukan saya. Tiada apa yang saya harapkan selain keajaiban untuk dia pulih kembali.

"Apa pun yang bakal terjadi saya kena reda ketentuannya," ujarnya.

Sementara itu, Effa berkata, suaminya kini diberi ubat tidur selepas keadaan jantung yang masih lemah serta kekurangan oksigen dalam badan.

Bagaimanapun, katanya, doktor masih memantau perkembangan kesihatan penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan itu dari semasa ke semasa.

"Dia diberi ubat tidur pada Sabtu lalu dan semalam dia sudah sedar, namun doktor beritahu keadaannya masih lemah dan kurang oksigen.

"Hari ini (Selasa) dia diberi sekali lagi ubat tidur untuk dia berehat. Bagaimanapun doktor beritahu keadaannya lebih baik dari sebelum ini," ujarnya.

Effa turut berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang sudi datang menziarah dan memberi kata-kata semangat kepada dia dan anak-anak.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata dan seorang cucu.
Dahlan Zainuddin , Effa Rizan

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain