Azwan Kombos & Ezzaty Berbalah Soal Bulan Madu - Hiburan | mStar

Azwan Kombos & Ezzaty Berbalah Soal Bulan Madu

Azwan dan Ezzaty bakal berbulan madu di London. Foto Ihsan KAKI5FOTO

BENTONG: Pelakon Ezzaty Abdullah bercerita, berlaku perbalahan dengan suaminya, Azwan Kombos gara-gara mereka tidak sependapat berhubung lokasi berbulan madu yang ingin dipilih.

Ezzaty, 26, bagaimanapun berkata, Azwan akhirnya mengalah lalu menyerahkan kepadanya untuk menentukan lokasi percutian mereka dan dia memilih London.

"Saya suka London tetapi Azwan pula gemarkan lokasi yang mempunyai pantai dan kerana itu kami berbalah untuk memilih lokasi bulan madu.

"Bagaimanapun Azwan memberi saya untuk putuskan percutian kami dan Insya-Allah kami akan berangkat ke London pada 20 Julai ini," katanya kepada mStar Online.

Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 31 dan Ezzaty selamat bergelar suami-isteri dengan skeali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di sini pada Sabtu.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun.

Azwan dan Ezzaty bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Dalam pada itu, Ezzaty berkata, dia memilih London sebagai lokasi bulan madu kerana pernah melancong ke negara itu sebelum ini.

Jelasnya, dia ingin merasai pengalaman bersiar-siar di sana sekali lagi bersama suaminya.

"Saya suka kota London, jadi saya ingin sekali lagi ke sana dan kali ini ditemani suami pula.

"Bulan madu seterusnya kami akan pilih untuk bercuti di pantai pula," katanya.

Sementara itu, Azwan berkata, dia akan membenarkan isterinya untuk meneruskan karier seninya seperti biasa kerana yakin Ezzaty tidak akan melanggar batas.

Bercakap mengenai anak pula, Azwan tidak menolak sekiranya diberi rezeki awal menimang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.

"Perancangan selepas berkahwin tiada yang tertentu termasuk soal anak jika awal lebih baik manakala soal kerjaya Ezzaty pula saya tidak halang kerana itu minatnya.

"Sebagai isteri saya yakin dia dapat menjaga batas diri agar tidak berlaku fitnah," katanya.
Ezzaty Abdullah , Azwan Kombos

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa