suria

Falisha Crossley Cari Kerja Lain Jika Tiada Tawaran Berlakon

Falisha balik beraya di Sarawak.

PETALING JAYA: Pelakon Falisha Crosslay memberitahu dia merancang untuk melakukan pekerjaan lain selepas Aidilfitri sekiranya masih tiada tawaran untuk berlakon.

Falisha, 31, yang baharu sahaja berhijrah penampilan kepada bertudung pada awal Ramadan lalu mengakui berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan.

Falisha belum putus asa.
"Jika tiada tawaran sampai lepas raya mungkin saya akan buat sesuatu seperti menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula yang sudah lama saya inginkan tapi tertangguh kerana sibuk dengan penggambaran.

"Kalau tidak pun saya mungkin kembali kepada pekerjaan lama iaitu seorang akauntan," ujarnya kepada mStar Online.

Falisha sebelum ini mengakui beberapa tawaran berlakon dibatalkan selepas dia berhijab.

Bagaimanapun Falisha berkata dia belum berputus asa dalam bidang lakonan dan akan terus berusaha supaya kewujudannya disedari.

"Ia bukan bermakna saya sudah putus asa dalam bidang seni ini, saya akan terus mencuba tetapi saya sedar ia perlukan masa.

"Saya nampak peluang saya terbuka kerana ramai sahaja pelakon yang bertudung berjaya mencipta nama. Malah ada yang tidak bertudung melakonkan watak bertudung.

"Saya cuma perlu bersabar hingga orang kenal dan tahu saya sudah bertudung," ujarnya.

Falisha Crossley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain