Faizal (AF4) Simpan Kisah Lalu, Belum Terlambat Ke Dunia Seni - Hiburan | mStar

Faizal (AF4) Simpan Kisah Lalu, Belum Terlambat Ke Dunia Seni

Faizal (dua dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam penghasilan 'single' terbaharu nyanyiannya. FOTO: BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Juara program Akademi Fantasia musim keempat Faizal Ramliy (dulu dieja Ramly) yakin masih belum terlambat untuk kembali ke dunia seni meskipun pernah menghilang selama lima tahun.

Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ramliy, 32, berkata, meskipun ada pihak bersikap skeptikal terhadap keputusan untuk kembali aktif namun dia enggan lagi menoleh belakang dan berazam menebus kembali peluang yang pernah dilepaskannya sebelum ini.

"Jika saya terlalu fikir apa yang orang ingin kata ia pada akhirnya akan meracun fikiran saya.

"Saya tidak perlu risau atau takut dengan persaingan daripada bakat-bakat baharu sebaliknya percaya masih ada peluang dan ruang jika saya berusaha," katanya kepada mStar Online.

Sekitar pelancaran single terbaharu Tanpa Dirimu nyanyian Faizal (dua dari kiri).
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Tanpa Dirimu yang diadakan di Saloma Bistro di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak mahu mengenang lagi kisah silamnya kerana sudah memulakan kehidupan baharu.

Katanya, segala kejadian yang pernah berlaku kepadanya sebelum ini diambil sebagai iktibar dan pengajaran dalam mematangkannya sebagai seorang lelaki.

"Cukuplah lima tahun saya menyepi, karier saya musnah dan kehilangan ibu tersayang pada 24 April lalu benar-benar menguji saya.

"Tetapi setiap kejadian ada hikmahnya dan sebagai manusia saya mengambil setiap kesilapan yang pernah saya lakukan sebagai pengajaran untuk menjadi seorang lebih baik.

"Saya tidak hanya mahu berjanji dengan kata-kata tetapi Insya-Allah saya akan buktikan melalui perbuatan saya," jelasnya.

Tambah Faizal, sejak enam bulan lalu dia juga telah kembali berpindah dari kampungnya di Terengganu ke Kuala Lumpur untuk memastikan karier seninya lebih tersusun dan berjalan lancar.

Malah dia bersyukur kerana rezekinya untuk mengadakan persembahan pentas semakin banyak selain masih menerima sokongan peminat yang ditunjukkan menerusi laman sosial.

Imej terkini Faizal.
Sementara itu, bercakap mengenai Tanpa Dirimu, Faizal berkata, dia merakamkan lagu berkenaan hanya dalam masa dua minggu dan ia didedikasikan kepada Allahyarham ibunya, Zanidah Awang.

Bagaimanapun kata Faizal, dia terkilan kerana ibunya tidak sempat mendengar lagu berkenaan kerana wanita itu banyak memberi semangat kepadanya untuk bangkit semula dalam bidang seni.

"Lagu berkenaan meninggalkan kesan mendalam terhadap diri saya kerana ia sentiasa mengingatkan kepada ibu saya.

"Harapan dan kekuatannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang sebagai penyanyi dan berharap peminat yang telah lama menanti kemunculan semula saya dapat menerima lagu terbaharu ini dengan baik," katanya.

Tanpa Dirimu adalah ciptaan komposer Aidil Zamri dan Hilmi Fazli manakala lirik ditulis oleh Shah Shamshiri dan Osman Ismail Hutson.

Mengenai kehidupan peribadi Faizal berkata, dia melalui tiga kali perkahwinan dan mengalami kegagalan rumah tangga bagi dua perkahwinan.

Menerusi perkahwinan pertama, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun, tiada cahaya mata bagi perkahwinan kedua manakala bagi perkahwinan terbaru, isterinya kini hamil lima bulan.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi kisah rumah tangganya.
Faizal AF4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain