Ummi Nazeera Temui Zizan Bincang Gosip Cinta - Hiburan | mStar

Ummi Nazeera Temui Zizan Bincang Gosip Cinta

Hubungan Zizan dan Ummi hanya sekadar rakan biasa. Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera  ada berjumpa dengan aktor Zizan Razak bagi membincangkan gosip yang tersebar mengatakan mereka kini sedang bercinta.

Ummi, 26, berkata, dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.

"Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

"Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain," katanya kepada mStar Online.

Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Angin Cinta di The Gardens di sini, Selasa.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ia turut menampilkan Zizan Razak, Zarina Zainuddin dan Shahronizam.

Ia bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 30 April ini dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam dari pembelian.

Zizan dan Ummi bergandingan dalam filem televisyen berjudul Angin Cinta. 
Dalam pada itu, Ummi tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan kerana lelaki itu seorang sahabat yang baik.

Pun begitu kata Ummi, selepas selesai bekerjasama menerusi Angin Cinta mereka jarang berjumpa atau berhubung menerusi telefon.

"Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

"Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu," jelasnya.

Sementara itu kata Ummi dia kini masih belum terfikir soal cinta kerana keutamaannya kepada karier lakonannya.

"Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini," ujarnya.

Bercakap mengenai Angin Cinta, Ummi berkata, ia adalah sebuah filem romantik komedi bertemakan cinta dan kekeluargaan.

Kata Ummi, ia sebuah karya yang sarat dengan pengajaran biarpun berkonsepkan ringan dan menerima tawaran tersebut kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

"Jika sebelum ini ada sering bawa watak berat tetapi menerusi Angin Cinta ia sebuah filem ringan tetapi jalan ceritanya cukup menarik.

"Zizan juga banyak membantu kerana filem komedi memang kepakarannya tetapi keserasian kami membuatkan saya lebih seronok menjayakan filem ini," jelasnya.

Tambah Ummi, dia juga sedang menjalani penggambaran file televisyen keduanya bersama Astro berjudul Bisik Pada Langit yang menggandingkannya bersama Jalil Hamid, Beto Kusyairi dan Datin Fadilah Mansor.
Zizan Razak , Ummi Nazeera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain