Mustar Tinggalkan Kerjaya Tukang Kayu Selepas Jadi Penyanyi - Hiburan | mStar

Mustar Tinggalkan Kerjaya Tukang Kayu Selepas Jadi Penyanyi

Mustar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas Otai yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu. Foto NORAFIFI EHSAN
KUALA LUMPUR: Juara Kilauan Emas Otai iaitu Mustar tidak lagi bekerja sebagai tukang kayu selepas ramai berpandangan dia tidak sepatutnya melakukan kerja itu kerana sudah menjadi penyanyi.

Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, berkata, dia sudah tidak melakukan kerja berkenaan beberapa bulan selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima pada tahun lalu.

"Selepas beberapa bulan menjuarai program berkenaan saya kembali kepada pekerjaan lama tetapi ramai menasihati saya agar tidak lagi bertukang kerana saya kini seorang penyanyi.

"Bagaimanapun saya ada juga melakukan kerja-kerja pertukangan jika ada yang minta tetapi kini lebih fokus kepada karier nyanyian," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Mustar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Kilauan Emas Otai yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu lalu.

Seramai empat peserta berentap pada peringkat akhir Kilauan Emas Otai.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mustar membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, Mustar berkata, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tertentu untuk menggunakan wang kemenangan yang diterimanya.

Pun begitu kata Mustar, selain menyimpan dia bercadang untuk mengerjakan umrah dan haji bersama keluarganya.

"Setakat ini tidak tahu hendak buat apa dengan duit itu tetapi yang pasti saya akan simpan dan gunakan untuk perkara-perkara baik," katanya.

Sementara itu, Mustar berkata, sejak bergelar juara Kilauan Emas tahun lalu dia semakin sibuk apabila sering menerima undangan nyanyian sama ada untuk majlis perkahwinan atau persembahan korporat.

"Alhamdulillah itu rezeki yang datang tidak putus-putus dan paling penting saya dapat menyanyi kerana itu memang minat saya," katanya.

Mustar , Kilauan Emas Otai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain