APO2016 Catat 300,000 Undian Dalam Masa Dua Minggu - Hiburan | mStar

APO2016 Catat 300,000 Undian Dalam Masa Dua Minggu

Antara calon lima teratas dalam APO2016.

PETALING JAYA: Pengundian calon finalis atau top five Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) mencatat jumlah memberangsangkan apabila lebih 300,000 undi diterima sehingga Rabu sejak dibuka pada 1 April lalu.

Daripada 17 kategori anugerah yang dipertandingkan itu, pengundian bagi Aktres Terbaik Pilihan Online mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 25,000 undi.

Tempat kedua teratas pula berpihak kepada kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars yang mencatatkan undian sebanyak 23,183 undi manakala tempat ketiga teratas ialah kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online iaitu 23,047.

Ini bermakna, kategori melibatkan pencalonan wanita mendapat sambutan menggalakkan berbanding kategori lain.

Dalam pada itu, lima kategori lain yang memperoleh undian sengit  bagi setiap calon bertanding ialah Selebriti Komedi Pilihan Online, Penyampai Radio Pilihan Online, Ikon Fesyen Pilihan Online, Chef  Selebriti Pilihan Online.

Bagi kategori itu, beza undi bagi setiap calon ialah antara 10 hingga 100 undi sahaja.

mStar Default Image
Hafiz Suip (tengah) bersama peminat ketika pengumuman calon lima teratas APO2016 pada 30 Mac lalu.
Kategori yang paling rendah mendapat pencalonan ialah Bintang Sukan Wanita Pilihan Online yang setakat Rabu mecatatkan jumlah 17,000 undi.

Dalam pada itu Pengurus Produk mStar iaitu Michael Fredericks berkata, trend undian menunjukkan peningkatan apabila kempen kelab peminat artis berlumba-lumba untuk meraih artis mereka menang dalam kategori dipertandingkan.

Ia dapat dilihat menerusi segmen ‘Cakap-Cakap’ dalam laman web rasmi iaitu apo.mstar.com.my selain menerusi Instagram, Facebook dan Twitter dengan hastag #APO2016.

“Setakat ini kelab peminat artis yang kuat berkempen untuk meraih undi ialah kelab peminat Ayda Jebat, Zizan Razak, Siti Nordiana, Datuk Siti Nurhaliza, Mia Ahmad dan Janna Nick,” katanya.

Tambah Michael, pihaknya mengjangkakan jumlah pengundian akan terus meningkat sebelum tarikh tutup pengundian iaitu pada 27 April ini.

APO2016 bakal berlangsung pada 30 April menerusi TV2 yang memperkenalkan 17 kategori melibatkan sembilan kategori hiburan, tiga kategori sukan dan lima bagi kategori Gaya Hidup.

Satu kategori utama iaitu Personaliti Terunggul APO2016 akan dipilih berdasarkan siapakah yang mendapat undian paling tinggi dalam anugerah ini.

Pengundian APO2016 masih dibuka dan boleh dibuat menerusi http://apo.mstar.com.my/cakap-cakap.aspx 

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja utama.

APO2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain