suria

Bekas Suami Seniwati Sarimah Ahmad Meninggal Dunia

Datuk Zulkifly Ahmad bersama tiga cucunya yang juga anak kepada Shahray.

PETALING JAYA: Bekas suami seniwati Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Zulkifli Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi Sabtu di Pusat Perubatan KPJ Damansara pada usia 80 tahun.

Anaknya, Shahray Zulkifli berkata, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit tulang belakang yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

"Ayah meninggal dunia kerana sakit tulang belakang dan beliau baharu sahaja melakukan pembedahan tulang belakang sebulan lalu.

"Saya dapat berita kematian pagi tadi tapi malangnya saya tidak dapat pulang kerana tidak dapat tiket penerbangan pulang ke Malaysia hari ini (Sabtu)," ujarnya yang kini menetap di Brunei.

Tambah Shahray, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada pukul 1 tengah hari tadi.

Allahyarham pernah berkahwin dengan Sarimah dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Norhayati Zulkifli, Farawaheeda Zulkifli, Mohd Jamil Zulkifli dan Mohd Shahray Zulkilfi.

Manakala, Allahyarham turut mempunyai tujuh orang anak daripada perkahwinan yang lain, termasuk penyanyi Farah Asyikin.

Artikel Lain