Naik Pangkat & Calon Dua Anugerah, DJ Lin Anggap Rezeki Berganda 2016 - Hiburan | mStar

Naik Pangkat & Calon Dua Anugerah, DJ Lin Anggap Rezeki Berganda 2016

DJ Lin harap rezeki tahun 2016.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin menganggap bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dia
tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29) yang diumumkan pada Rabu lalu.

Selain anugerah itu, Lin juga adalah antara deejay yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April depan.

Lin, 40, berkata, dia tidak menjangkakan tersenarai dalam kedua-dua anugerah itu berikutan saingan lebih sengit apabila kategori tersebut digabungkan antara penyampai lelaki dan wanita.

"Saya bersyukur dan tidak sangka tersenarai kerana pada pencalonan awal saya lihat peluang itu tipis berikutan tahun ini kategori wanita dan lelaki digabungkan.

"Saya pun tidak bersungguh-sungguh berkempen pada pencalonan awal kerana rasakan seperti tidak berpeluang sehinggalah bila nama saya terpapar di skrin pada pengumuman ABPBH 29 dan juga pencalonan awal APO2016," ujarnya kepada mStar Online.

DJ Lin diumum sebagai lima finalis dalam kategori Penyampai Radio Popular di ABPBH29 yang diumumkan di Balai Berita NSTP, Bangsar di sini pada Rabu lalu.

Lima penyampai lain yang turut tercalon ialah Abby Fana (Sinar), Deen (Hot), Feeya Iskandar (Sinar) dan Fizie (Hot).

Menerusi APO2016 pula dia bersaing dengan lebih 40 penyampai radio lain.

Barisan finalis ABPBH 26 yang diumumkan pada Rabu.

Tambah Lin, dia melihat perkara tersebut sebagai rezeki berganda baginya tahun ini yang mana dia juga turut dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Program di Suria FM.

"Saya melihat tahun ini sebagai tahun rezeki dan peningkatan kerjaya saya. Alhamdulillah awal tahun saya dinaikkan pangkat di Suria FM.

"Saya lihat rezeki berganda seperti pada tahun 2010 yang mana saya menang dua kategori di Anugerah Seri Angkasa bagi Kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Interaktif Terbaik (Suria Cinta)," ujarnya yang sudah tiga kali tersenarai pada lima terbaik ABPBH.

Sementara itu, DJ Lin berkata, dia berjaya memecahkan persepsi masyarakat sebelum ini yang menganggap siaran radio pada segmen malam kurang mendapat perhatian.

"Saya gembira dapat membawa nama Suria FM dan secara tidak langsungnya membuang persepsi yang berpendapat segmen malam kurang sambutan.

"Saya juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya dan tidak henti-henti memberi semangat untuk saya terus berjuang," ujarnya.

Segmen Suria Cinta bersiaran di Suria FM pada pukul 8 malam sehingga 1 pagi pada setiap hari Ahad sehingga Jumaat.

ABPBH29 , DJ LIN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain