Misha Mengandung, Suami Pula Terasa Hati - Hiburan | mStar

Misha Mengandung, Suami Pula Terasa Hati

Misha Omar

KUALA LUMPUR: Sejak disahkan hamil anak pertama, penyanyi Misha Omar memberitahu suaminya iaitu Firos Ezzwan Rossly, 34, cepat terasa hati.

Bagaimanapun kata Misha, ia bukanlah satu perkara yang serius kerana perkara itu mungkin ada kena mengenai alahan diterima suami ketika si isteri berbadan dua.

"Kalau nak tanya keadaan kesihatan saya, jujur saya katakan saya rasa biasa-biasa sahaja apatah lagi untuk mendapat alahan dan mengidam yang bukan-bukan.

"Cuma apa yang saya perasan, sejak kebelakangan ini berlaku sedikit perubahan pada si suami di mana hatinya mudah tersentuh atau dengan kata lainnya, ‘sentap’.  ‘Sentap-sentap’ manja kata orang.

"Saya tidak nafikan itu mungkin pembawakan saya yang sedang hamil. Peliknya, alahan itu tidak pula datang kepada saya ya," ujar Misha berseloroh.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha bersama Datuk Jamal Abdillah di Hotel Royale Chulan, di sini, Isnin.

Misha Omar dan suaminya, Firos Ezzwan Rossly.

Dalam pada itu, Misha yang dilihat membawa seri ibu mengandung berkata, dia dan suami tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata sebelum ini selain menyerahkannya pada rezeki dan ketentuan Yang Esa.

"Dua tahun usia perkahwinan kami, apa yang boleh saya katakan perkahabaran ini amat-amat membahagiakan saya dan suami. Suka saya katakan di sini, kandungan ini merupakan anak ketiga dan kehamilan pertama saya. Sebelum ini saya ada sepasang anak iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Lateefa, 4.

"Alhamdulillah dalam usia kehamilan sekarang, saya masih mampu melakukan rutin harian saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua anak seperti memasak dan sebagainya," katanya.

Misha dan suaminya Firos yang bekerja sebagai juruterbang Malaysia Airlines (MAS) telah diijabkabulkan pada 2 Mei 2014 di Hotel Ranaissanse Kota Bharu, Kelantan.

Mengenai Minggu Setiausaha yang bakal diadakan di hotel berkenaan pada 29 April depan, Misha menyifatkan tawaran itu sebagai rezeki kehamilannya.

"Seingat saya kali terakhir saya menjayakan Minggu Setiausaha adalah pada tahun 2005 atau 2006. Mungkin benar kata orang, ia mungkin rezeki saya sedang berbadan dua. Doa-doakanlah semuanya baik-baik saja," pintanya.

Dalam pada itu Misha Omar antara artis yang tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Terhebat untuk anugerah  Pilihan Online 2016 (APO2016) Anjuran mStar Online dan Suria.FM yang bakal diadakan pada 30 April 2016.

Bagi pencalonan awal, ia boleh dibuat dengan melayari http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

 

Misha Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain