Rozita Rohaizad Terkilan Tidak Diberi Peluang Nyanyikan Lagu Mariani - Hiburan | mStar

Rozita Rohaizad Terkilan Tidak Diberi Peluang Nyanyikan Lagu Mariani

Rozita Rohaizad rasa diri dipinggir dan tidak diberi peluang untuk sambung legasi.

PETALING JAYA: Penyanyi Rozita Rohaizad terkilan apabila tidak diberi peluang untuk terlibat dalam konsert Muzika Ekstravaganza anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp yang berlangsung pada 19 Februari lalu.

Anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani ini berkata, dia berasa sedih apabila lagu nyanyian ibunya berjudulYang Mana Satu Idaman Kalbu  ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dinyanyikan oleh penyanyi lain.

"Saya sedih dan rasa terpinggir kerana pada konsert tribute itu saya hanya diletakkan setaraf dengan penonton biasa sahaja.

"Sepatutnya mereka memberi penghormatan dengan memilih anak dan cucu seniman itu untuk membuat persembahan bagi menyambung legasi tersebut," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas tentang luahan rasa terkilannya di laman sosial apabila sering ditanya tentang penglibatannya dalam acara Muzika Ekstravaganza, malam Jumaat lalu.

Rozita bergambar dengan penyanyi Sufie pada malam konsert Muzika Extravaganza.

Konsert bagi menghargai karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Nassier Wahab, Siti Nordiana, Azlan The Typewriter, Hafiz Suip, Azhael, Farahdhiya serta Datuk Mokhzani Ismail.

Singapura pula membariskan artis ternama seperti Taufik Batisah, Hariani Hassan Bakri, Sufi Rashid, Rosalina dan Sezairi.

Rozita berkata, dia lebih tertekan apabila ramai penonton dan peminat-peminatnya yang turut menyaksikan konsert itu di televisyen bertanya mengapa dia tidak terlibat dalam program berkenaan.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia berasa malu dan tiada jawapan untuk diberikan.

"Saya tidak tahu ingin jawab apa kalau orang tanya kenapa saya tidak nyanyi pada konsert ini sedangkan lagu tersebut adalah lagu keluarga saya.

"Kalau diorang mahu memberi penghormatan sepatutnya beri peluang kepada saya dan cucu Allahyarham lain untuk buat persembahan dan bukannya penyanyi baharu," ujarnya.

Bagaimanapun, Rozita berkata ia bukan kali pertama, sebaliknya sudah biasa dipinggirkan dan tidak diberi peluang untuk beraksi di televisyen.

Dia turut merasakan bakatnya tidak dihargai oleh masyarakat di negara ini.

"Saya sudah beraksi di pentas luar negara dan baru pulang mewakili Malaysia ke Australia di Canberra National Multicultural Festival pada 13 hingga 15 Februari lalu.

"Insya-Allah, saya sudah pun dijemput untuk persembahan kali ketiga di festival yang sama pada tahun depan oleh pihak penganjur," ujarnya.
Rozita Rohaizad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain