Atu (Zero) Pilih 8 Februari Nikah Pereka Fesyen Enam Tahun Lebih Tua - Hiburan | mStar

Atu (Zero) Pilih 8 Februari Nikah Pereka Fesyen Enam Tahun Lebih Tua

Kad Kahwin Atu sudah diedar kepada rakan-rakan dan pihak media.
PETALING JAYA: Pelawak Atu dari kumpulan Zero bakal menamatkan zaman bujangnya pada 8 Februari depan dengan pereka fesyen iaitu Shafeeqa Johari, 30, dalam satu majlis yang akan diadakan di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Bin Doli Sharif, 24, berkata, majlis pernikahan tersebut bakal diadakan secara sederhana yang akan dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis persandingan akan diadakan pada sebelah petang hari yang sama.

"Alhamdulillah, kami berkenalan hampir setahun dan keluarga saya datang merisik pada Hari Raya tahun lalu. Kami bersetuju memilih tarikh 8 Februari kerana cuti Hari Raya Cina. Lagipun keluarga serta kawan-kawan boleh datang.

"Majlis di kampung saya di Sabah mungkin akan dibuat selepas rumah kami siap sepenuhnya nanti," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Atu berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut sudah siap sepenuhnya dengan bantuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, bercerita tentang wanita istimewa tersebut, dia mengenali wanita berkenaan sejak setahun lalu sebelum kumpulan Zero memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2015.

Kata Atu, wanita tersebut merupakan seorang yang memahami dengan kerjayanya sebagai anak seni dan tidak terlalu memandang kepada darjat.

"Dia daripada keluarga berpendidikan, bapanya seorang bekas jurutera dan ibunya pegawai bank, namun menerima saya yang tiada apa-apa ini.

"Kalau diikutkan ramai lagi lelaki yang lebih berpelajaran yang mahukan dia, tapi inilah mungkin dikatakan jodoh," ujarnya.

Tambah Atu, wanita tersebut kini mengusahakan sebuah butik Sastera Hijab di Shah Alam.

Dalam pada itu, ditanya tentang kesediaannya berkahwin pada usia muda, Atu berkata, dia memilih untuk menjalani kehidupan berkeluarga bagi menguruskan kehidupan seharian.

"Sudah sampai masanya untuk saya berkeluarga dan sekurang-kurangnya saya ada teman atau orang yang menguruskan kehidupan saya selepas ini.

"Lagi pula tidak manis berkawan lama-lama yang hanya akan membuat masyarakat pandang negatif kepada kita sahaja," ujarnya.
Atu Zero

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain