"Nama Anak Saya Punyai Maksud Baik" - Linda Hashim - Hiburan | mStar

"Nama Anak Saya Punyai Maksud Baik" - Linda Hashim

Linda bersama Beego dan anak pertama mereka Jelita Clarissa.
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim memberitahu nama kedua-dua anaknya iaitu Jelita Clarissa, 2, dan Anggun Cassandra yang baharu dilahirkan 29 Disember lalu mempunyai makna tertentu dengan membawa maksud yang baik.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 32, berkata, nama tersebut dipilih berikutan ia dianggap unik selain sedap untuk didengar.

"Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain.

"Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin," ujarnya kepada mStar Online.
 

Anak kedua pasangan baharu sahaja diberi nama Anggun Cassandra.

Linda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama-nama anaknya yang dipersoalkan maknanya oleh pengikut laman sosial.

Tambah Linda, dia memilih nama tersebut daripada lebih 10 senarai nama ketika mengandung.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013.

"Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.

"Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda berkata rezekinya lebih murah sejak dikurniakan cahaya mata kedua apabila menerima pelbagai hadiah barangan bayi daripada peminat.

Linda turut bertuah menerima tajaan perkhidmatan rawatan ibu bersalin Sri Wajah Ibu sepanjang tempoh berpantang.

"Alhamdulillah rezeki anak, saya dapat tajaan penjagaan rawatan sepanjang 33 hari tempoh berpantang daripada Sri Wajah Ibu.

"Saya tidak bimbang tentang pemakanan, jamu dan urutan bersalin kerana datang kerumah setiap hari untuk menjaga saya. Mereka juga profesional dan tahu cara terbaik untuk jaga bayi daripada penyakit kuning," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, Linda mendapat tawaran untuk berlakon drama bersama suamiya Beego pada Mac depan di Terengganu.

Bagaimanapun, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

"Saya perlu ambil pembantu terlebih dahulu untuk jaga anak-anak saya jika ingin kembali aktif berlakon, tengoklah macam mana nanti," ujarnya.

Linda Hashim , Beego

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain