Pelapis Anjur Kursus Keselamatan & Asas Lakon Untuk Artis - Hiburan | mStar

Pelapis Anjur Kursus Keselamatan & Asas Lakon Untuk Artis

Abon bakal bertindak sebagai tenaga pengajar menerusi Kursus Asas Lakon.

PETALING JAYA: Persatuan Artis Pelapis Malaysia (Pelapis) bakal menganjurkan Kursus Asas Keselamatan selama tiga hari untuk golongan selebriti.

Presiden Pelapis, Datuk Hazmimi Johar berkata, kursus yang mendapat kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu bagi membantu golongan artis bersedia sekiranya berlaku sebarang kecemasan di lokasi penggambaran.

"Seperti mana kita tahu golongan pelakon dan pekerja produksi terdedah kepada pelbagai situasi merbahaya ketika dilokasi penggambaran seperti kemalangan atau kecederaan.

"Menerusi kursus ini pihak JPAM menerusi beberapa petugas bertauliah akan mengajar dari segi teori dan amali bagi menghadapi situasi merbahaya sekiranya berlaku di lokasi penggambaran," katanya.

Kursus berkenaan bakal diadakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 4 hingga 6 Disember depan di Akademi ALPHA Bangi dekat sini.

Presiden Pelapis, Datuk Hazmimi Johar.

Selain selebriti, kursus berkenaan turut terbuka kepada orang awam yang ingin sama-sama menyertai program tersebut.

Tambah Hazmimi berkata, Kursus Asas Keselamatan juga membuka ruang untuk para peserta menyertai pasukan JPAM dalam melakukan kerja-kerja kebajikan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Hazmimi berkata, selain Kursus Asas Keselamatan, pihaknya turut mengadakan Kursus Asas Seni Lakon kepada para peserta pada program sama.

Kata Hazmimi, pelakon dan pelawak Abon akan berkongsi pengalaman dan info pada kursus tersebut menerusi beberapa modul yang telah disediakan.

"Ia bukan sahaja mengenai keselamatan tetapi juga memberi peluang kepada pelakon dan orang awam yang menyertai program ini untuk mengikuti kelas lakonan yang disediakan," ujarnya.

Kepada yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh menghubungi atau WhatsApp kepada Sue 011-1782 0525, Salisah 017-8890 181 atau Emma 016-3332 331.

Pelapis , Hazmimi Johar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain