suria

Gagal Dua Perkahwinan, Rita Rudaini Enggan Kahwin Lagi

Hati Rita sudah tertutup untuk lelaki

PETALING JAYA: Kegagalan menerusi dua perkahwinan lalu membuatkan pelakon Rita Rudaini berasa serik dan memutuskan untuk tidak berkahwin lagi.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, berkata, pintu hatinya juga sudah tertutup untuk mana-mana lelaki walaupun ada yang mahu mendekatinya.

"Ramai yang cuba mendekati dan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka, namun saya cakap terus terang saya tidak mahu berkawan dengan mana-mana lelaki,” katanya kepada mStar Online.

Rita ditemui pada Malam Gala Love, Supermoon yang diadakan di Cathey e@Curve, di sini, malam Selasa.

Rita sebelum ini berkahwin dengan pemain boal sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak, 28,  pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin (6 tahun), dan Airit Qaqa Arjuna (4 tahun).

Sebelum itu Rita pernah berkahwin denga pengulas sukan televisyen iaitu Akbar Shaari.

Aidil kini bahagia dengan perkahwinan baharunya bersama Zareema.

Dalam pada itu kata Rita memberitahu perjuangannya mendapatkan hak daripada bekas suami iaitu Aidil Zafuan mengubah persepsi masyarakat kerana sebelum ini dia dilihat kononnya tidak boleh menerima hakikat sebuah perpisahan.

Rita berkata, apa juga tuntutan yang dibuat adalah atas dasar memberi kesedaran kepada bekas suami mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang lelaki.

"Saya tahu ramai wanita yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut.

"Saya bukan tidak move on tetapi saya move on  dengan cara saya iaitu cara terhormat dan memberitahu pihak lelaki yang kita juga ada maruah," ujarnya.

Rita berkata, sejak kemenangan kesnya dengan Aidil dia menerima banyak mesej tahinah dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk daripada individu yang tidak dikenali.

"Lepas menang kes tuntut mutaah itu banyak juga suara-suara yang cakap saya akan tuntut lebih banyak lagi. Jawapan saya senang saja, saya akan terus memperjuangkan hak saya. Saya tidak kisah tentang masa yang dihabiskan turun naik mahkamah.

"Ketika mengandungkan anak kedua lagi saya sudah tahu perkara buruk akan berlaku jadi saya sudah sedia membaca tentang undang-undang dalam menuntut hak selain mendapatkan nasihat peguam," ujarnya.

Pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan membayar mutaah (saguhati selepas perceraian) sebanyak RM30,000 kepada aktres itu berikutan punca perceraian bukannya datang daripada pihak Rita sebaliknya Aidil yang keluar rumah.

Rita Rudaini

Artikel Lain