suria

Amir Ukays Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol

Amir Ukays

PETALING JAYA: Peserta program Gegar Vaganza 2, Amir Ukays ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 46,  turut mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.

Senjata api yang dikaitkan dengan penahanan Amir Ukays


Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.

Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Amir Ukays

Artikel Lain