"Menyanyi, Bercakap Ke Meraung?" - Karl Shafek Harap Fynn Jamal Tak Kecil Hati - Hiburan | mStar

"Menyanyi, Bercakap Ke Meraung?" - Karl Shafek Harap Fynn Jamal Tak Kecil Hati

Pelkon Karl Shafek. FOTO: RAJA FAISAL HISHAN
KUALA LUMPUR: Pelakon Karl Shafek menyifatkan tindakannya mempersoalkan bakat penyanyi Fynn Jamal ketika menyanyikan lagu baharu berjudul Suatu Pernah adalah atas kapasiti dia sebagai seorang pendengar.

Karl berkata, dia tidak berniat untuk memandang rendah kebolehan Fynn Jamal sebaliknya ingin mendapatkan jawapan tentang cara penyampaian penyanyi itu.

"Apa yang saya tulis di laman sosial tentang Fynn Jamal adalah satu pertanyaan kerana ketika saya mendengar radio ada seorang pendengar yang memberi komen tentang cara nyanyian Fynn iaitu seperti orang meraung.

"Perkara itu menganggu fikiran saya hingga saya menulis soalan itu dilaman sosial," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Mesej yang ditulis Karl Shafek di Facebook miliknya mengenai Fynn Jamal.

Karl Shafek diminta mengulas tentang tulisan di laman sosial Facebook miliknya pada pada Isnin yang mempersoalkan cara nyanyian Fynn Jamal untuk lagu Suatu Pernah iaitu sama ada dia menyanyi, bercakap ataupun meraung?

SILA KLIK: Fynn Jamal Beri Penjelasan Lagu 'Suatu Pernah' Seperti Orang Meraung

Sementara itu, Karl berkata, dia berharap penyanyi tersebut tidak berkecil hati dan menerima kritikan tersebut sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya yang baik.

Dia tidak pernah menafikan bakat Fynn Jamal sebagai seorang komposer dan penulis lirik yang bagus, namun cara penyampaiannya membuatkan lagu tersebut dianggap kurang sesuai.

Fynn Jamal

"Apa yang saya tulis itu adalah pendapat peribadi sebagai seorang pendengar sahaja, saya bukan penyanyi dan pemuzik.

"Malah saya juga kagum dengan lagu-lagu puisi yang dihasilkan, cuma cara nyanyian dia sahaja yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa lagu tersebut dinyanyikan sebegitu," ujarnya.

Dalam pada itu, Karl mengakui, tulisan tersebut menerima pelbagai kritikan daripada peminat-peminat penyanyi itu yang tidak berpuas hati dan menganggapnya tidak layak memberi pandangan.

Dalam perkembangan lain, Karl turut terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk yang bakal dipentaskan dari 12 hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.

Karl yang memeggang watak Azis mengakui ia merupkan peluang keemasannya untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang pementasan teater.

"Mulanya agak terkejut juga kerana watak ini agak besar dan bergandingan dengan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik, namun saya anggap ia sebagai satu cabaran," ujarnya.

Karl Shafek , Fynn Jamal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain