Jam Tangan Istimewa Hadiah 'Birthday' Anak Che Ta - Hiburan | mStar

Jam Tangan Istimewa Hadiah 'Birthday' Anak Che Ta

Keluarga bahagia... Dari kanan: Rozita, Aniq Ezzra, Ammar, Aaishah Dhia Rana dan Zain Saidin.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menghadiahkan jam tangan jenama Bell & Ross kepada anak sulungnya, Ammar Effendy yang menyambut ulang tahun ke 19 tahun pada Isnin lalu.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia membeli jam tangan tersebut dengan harga paling rendah selain melihat rekaannya sesuai dengan seorang remaja seusia anaknya.

"Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja.

"Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa," katanya kepada mStar Online dalam satu kiriman mesej pada Selasa.


Ammar Effendy

Berdasarkan semakan mStar Online, jam tangan rekaan Bruno Belamich kelahiran Switzerland itu berharga antara RM18,000 hingga RM50,000.

Sebelum ini Ammar mendapat hadiah kereta mewah BMW kerana pencapaian terbaiknya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Majlis ulang tahun kelahiran Ammar telah diadakan di Restoran Hampshire Place dekat sini.

Difahamkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat aktres itu hadir.

Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak dapat menggambarkan Ammar akhirnya sudah menjadi lelaki dewasa selepas melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan anaknya itu serta seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra, 17.

"Hampir 20 tahun, tidaklah sekejap mana sebab macam-macam peristiwa yang dilalui seiring dengan pembesaran anak-anak.

"Cuma kadang-kadang hati terdetik: "Ooo dah besar anak kita..."ujarnya.

Dalam pada itu kata Che Ta, sebagai seorang ibu yang sibuk dengan kerja, dia tidak boleh mengabaikan anak-anak yang sedang menempuh alam dewasa.

Salah satu contoh jam tangan jenama Bell & Ross.

"Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup.

"Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata," tuturnya.

Mengenai Ammar, dia kini sedang menuntut di Universiti HELP di sini mengambil jurusan Ekonomi.

Rozita juga mempunyai seorang anak perempuan, Aaishah Dhia Rana yang kini berusia 11 bulan, hasil perkahwinannya dengan aktor Zain Saidin.
Rozita Che Wan , Ammar Effendy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini