Stesen TV Enggan Beri Kerjasama Promosi Filem 'Jwanita' - Hiburan | mStar

Stesen TV Enggan Beri Kerjasama Promosi Filem 'Jwanita'

Osman Ali

PETALING JAYA: Pengarah filem Jwanita, Osman Ali berasa terkilan dengan beberapa stesen televisyen (TV) tempatan yang enggan memberi ruang mempromosikan karyanya itu.

Osman berkata,stesen Tv berkenaan tidak dapat mempromosikan filem tersebut bagi mengutamakan filem keluaran anak syarikat masing-masing.

"Saya terkilan apabila Jwanita tidak diberi ruang untuk dipromosikan  di TV hanya kerana mahu beri laluan kepada filem terbitan anak syarikat masing-masing.

"Malah pihak penerbit mahu membeli iklan, juga tidak dilayan. Ada juga yang beri ruang sedikit seperti temubual di beberapa rancangan hiburan, tetapi promosi seperti itu tidak berapa kuat," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

Jwanita
lakonan Maya Karin, Marsha Londoh dan Bront Palarae kini sedang ditayang di pawagam bermula 24 September 2015. Filem itu juga bersaing dengan tiga filem tempatan lain iaitu Kapsul, Girlfriend Kontrak dan Polis Evo.

Salah satu babak lakonan Maya Karin dalam filem Jwanita.

Kata Osman, perkara itu membuatkan dia bersama team produksi terpaksa mempromosikan filem tersebut menerusi laman sosial iaitu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

"Saya akan terus berusaha mempromosi Jwanita secara dalam talian sedaya memandangkan karya ini tidak berpeluang untuk menayangkan trailer dan promosi filem ini di TV.

"Malah di radio juga kami tidak berpeluang untuk promosikan Jwanita. Maka jalan terbaik hanyalah di laman sosial.

"Mujurlah ramai selebriti mempromosikan Jwanita di laman sosial masing-masing meskipun mereka tidak terlibat dengan filem ini," ujarnya.

Sementara itu, Osman berkata sudah tiba masanya untuk pihak yang berwajib melihat perkara ini sebagai satu isu yang serius dan berpendapat filem-filem tempatan seharusnya diberi peluang untuk dipromosikan di semua saluran stesen TV.

"Semua tahu bahawa industri filem kita sedang nazak dan tidak salah jika kita sama-sama membantu menaikkan industri balik.

"Saya harap jika semua filem-filem kita dapat dipromosikan di semua saluran TV  dengan bantuan pihak berwajib," tuturnya.

Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd dan Ehsan Production.

Osman Ali

Artikel Sebelum

Akim Ahmad & Stacy Dilaporkan Bertunang

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain