suria

Stacy Dipilih Bersama Artis Antarabangsa Dalam 'MTV World Stage Malaysia'

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy dipilih oleh peminat untuk beraksi dengan bintang-bintang ternama dalam persembahan berprestij, MTV World Stage Malaysia 2015 pada 12 September depan.

Stacy dipilih daripada 28 artis berdasarkan undian peminat di laman sosial.

Jurucakap Viacom International Media Networks berkata, Stacy akan berganding dengan bintang antarabangsa iaitu Jason Derulo, Carly Rae Jepsen, kumpulan Kpop ternama - Apink dan kumpulan muzik Jepun -  Sekai No Owari.


Jason Derulo

Dalam pada itu Stacy melahirkan rasa gembira kerana mendapat peluang itu selain berterima kasih kepada peminat yang memilihnya dengan cara undian.

"Terima kasih MTV dan kepada peminat yang mengundi saya. Saya akan membuat anda bangga! Jadi mari bersama saya di MTV World Stage Malaysia 2015,” katanya.

Acara berkenaan akan diadakan di Sunway Lagoon, di sini.

Terdahulu pada Isnin lalu Stacy dengan rasminya bergelar Islam selepas mengucap kalimah syahadah di pejabat Agama Islam Johor Baru.

Dia menggunakan nama barunya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam dan masih mahu dikenali sebagai Stacy. 
Stacy, MTV

Artikel Lain